Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
tip-hangatkan-seks-suam-suam-kuku

Tip Hangatkan Seks Suam-Suam Kuku

Sedikit garam dan rempah boleh menaikkan rasa serta aroma sesuatu hidangan, begitu juga dengan seks vanila! Tiba masa kamu lupakan seks suam-suam kuku dan dapatkan seks yang buat tanganmu mencengkam.

 

Foto: Shutterstock.com

Sebaik saja kamu dengar ungkapan, “Aku terima nikahnya,” kamu bakal habiskan sepanjang hidup – termasuk hubungan seks – bersama suamimu! Ramai beranggapan tempoh perkahwinan yang lama dan matang boleh mengubah kehidupan seksual menjadi membosankan. Cosmo kongsi lapan cara mudah untuk kamu ubah vanilla sex kepada oh-so-flavourful-sex!

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

5) URUTAN MENGGODA

Cara terbaik untuk hilangkan stres adalah dengan menggosok satu sama lain dengan minyak urut atau losen aromaterapi untuk redakan urat yang tersimpul. Gunakan ibu jari dan telapak tangan untuk teknik menguli dan tumpukan perhatian pada bahagian bahu dan leher. Walaupun jika ia tidak berakhir dengan seks, ia bagus untuk tingkatkan intimasi bersama suamimu.

 

6) SEKS KALA BERCUTI

Bosan dengan bilik tidur? Cari lokasi lain untuk lakukannya. Rancang staycation di hotel mewah untuk sesi hangat 24 jam. Si dia nakal ketika makan malam? Curi masa untuk sesi quickie di bilik air! Beraksi di lokasi baru boleh memberi kejutan dan menyemarakkan lagi rasa berahi sesama sendiri.

 

7) ICE, ICE BABY…

Bermain dengan suhu boleh menambah elemen baru kepada hubungan seks. Sejukkan bibirmu dengan ais sebelum bercumbu dengan suami. Kamu juga boleh cuba permainan sensual ini: Ambil ais dan lihat berapa pantas kamu dan suami boleh cairkannya bersama. Peraturannya? No hands allowed!

 

8) MASAM MASAM MANIS

Gunakan lemon atau limau dan perah beberapa titik jus pada tubuh kamu. Kemudian cabar suami untuk cari ‘lokasi’ jus tersebut. Tip Cosmo: Titiskan perahan jus di lokasi-lokasi berahi di tubuhmu.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert