Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ayda Jebat Tampil Dengan Telefon Edisi Istimewa

Lupakan seketika kontroversi telefon Ayda Jebat dirampas ketika mahu selfie dengan bintang Running Man, Lee Kwong Soo! Kali ini Ayda dengan kerjasama syarikat teknologi global, Oppo, tampil dengan edisi telefon istimewa iaitu Oppo F1s Ayda Jebat.

capture-20161201-172018

Oleh kerana single Pencuri Hati mendapat sambutan yang hebat, Ayda bakal tampil dengan lagu tersebut dalam versi dangdut. Muzik video untuk Pencuri Hati versi dangdut telah dilancarkan dan Oppo sebagai penaja utama muzik video tersebut.

Oppo F1s Ayda Jebat

Muzik video yang dirakamkan di Melaka itu turut melibatkan ramai orang dari pelbagai negara. Dalam pada itu, lagu Pencuri Hati versi dangdut akan dipromosikan di Indonesia pada awal tahun 2017 dan nada deringnya sudah boleh dimuat turun di seluruh Indonesia.

Bercerita mengenai telefon edisi istimewa tersebut, Oppo F1s Ayda Jebat mempunyai tandatangan ukiran laser daripada Ayda. Selain itu ia didatangkan juga dengan casing Ayda Jebat Eksklusif, OPPOxAyda pendrive dan juga baju kemeja dengan wajah Ayda Jebat.

Oppo F1s Ayda Jebat

Dalam perkembangan lain, Ayda juga melancarkan single ketiganya iaitu Nakal Nakal Nakal yang merupakan lagu latar untuk drama bersiri popular lakonan Ayda dan Sharnaaz Ahmad, Awak Sangat Nakal. Ketika ditanyakan tentang kontroversi telefon Ayda dirampas, Ayda mahu semua pihak termasuk peminat untuk melupakan insiden tersebut merana dia mahu fokus kepada kerjayanya.

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness