Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
hugging reduces stress

8 Sebab Mengapa Kamu Perlukan Pelukan Setiap Hari

“I need a hug” – kamu perlukan satu pelukan ketika kamu bersedih. “Give me a hug” – bila kamu mahu berkongsi rasa gembira dengan rakan baikmu. “Hug me”– bila kamu mahu si dia buktikan rasa sayang pada kamu.

hugging reduces stress

Pelukan memang memberikan efek positif pada tubuh. Malah kajian antarabangsa membuktikan satu pelukan erat berupaya memperbaiki mood sedih dan kecewa seseorang. Cosmo berikan 10 sebab kenapa kamu perlukan pelukan lebih kerap.

  1. Pelukan selama 20 saat atau lebih, berkesan sebagai satu terapi yang memberikan efek positif kepada tubuh dan mampu melawan penyakit. Apatah lagi jika pelukan itu datang daripada orang yang kamu sayang!
  2. Pelukan adalah simbol sokongan dan rasa simpati. Ia memberikan rasa seperti disayangi yang seterusnya mampu mengisi rasa kekosongan dalam diri.
  3. Kamu perlukan satu pelukan jika dalam keadaan stress. Pelukan membuatkan kamu awet muda kerana ianya membuatkan sistem dalam tubuh aktif dan melambatkan proses penuaan dalam tubuh. Pelik, kan? Emosi positif yang kamu rasai ketika berpeluk membuatkan sel dalam otak menjadi positif.
  4. Monday blues? Rasa seperti tidak bersemangat untuk bekerja? Pelukan membantu kamu menjadi lebih bersemangat kerana ianya meningkatkan mood menjadi lebih baik.
  5. Jika kamu sedang menghadapi kebuntuan, kamu perlukan satu pelukan erat kerana minda kamu akan menjadi lebih aktif untuk membantu kamu berfikir lebih positif. Peluk ibu atau bapa kamu, ataupun kucing kesayangan di rumah.
  6. Jika kamu menghadapi masalah dengan pasangan dan sering bergaduh. Peluk si dia! Hormon oxytocin, iaitu hormon yang memberikan mood gembira akan aktif seterusnya menimbulkan rasa sayang terhadap pasangan. Cubalah.
  7. Pelukan bukan sahaja mengurangkan proses pengeluaran hormon cortisol, malah meningkatkan hormon serotonin, iaitu hormon emosi baik dan rasa gembira. Hormon ini mampu menenangkan sistem gementar tubuh dan memperbaiki pelbagai jenis emosi.
  8. Pelukan membuatkan seseorang berasa selamat! Kanak-kanak memerlukan pelukan terutamanya ketika mereka berasa takut. Orang dewasa juga perlukan pelukan. Jadi jangan takut berikan pelukan kepada individu yang kamu kenali.

Foto: 123rf.com 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness