Zul Ariffin & Remy Ishak Bertumbuk Dalam Sangkar - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Zul Ariffin & Remy Ishak Bertumbuk Dalam Sangkar

SANGKAR adalah sebuah filem aksi-drama luar biasa yang sangat menarik dan mengujakan. Dari segi jalan penceritaan pula, ianya sangat mengagumkan dalam mewujudkan keserasian semua watak dan adegan pertarungannya yang sememangnya sengit dan mendebarkan.

Gabungan hebat dua hero Malaya iaitu Zul Ariffin dan Remy Ishak yang tidak boleh disangkal lagi begitu juga dengan Mira Filzah akan memberikan lagi jiwa kepada filem hebat ini. Perjalanan kerohanian yang penuh inspirasi, pengorbanan dan harapan, membuatkan lagi filem ini cukup dengan rencah kehidupan termasuk dari sisi keinsafan dan kekeluargaan. Filem yang sangat bagus untuk tatapan seisi keluarga!

Pengarah prolifik Kabir Bhatia hadir dengan sebuah naskah aksi drama yang bakal menemui penonton mulai 29 Ogos di seluruh 143 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei. Filem SANGKAR juga menampilkan 4 penerbit gergasi; Media Prima dan Astro – melalui bahagian penerbitan filem masing-masing, Primeworks Studios dan Astro Shaw – bersama produksi Infinitus Gold dan mm2 Entertainment.

SANGKAR juga melihat kembali gabungan antara Kabir Bhatia dan penulis skrip Mira Mustaffa yang pernah menghasilkan filem hebat seperti Cinta, Sepi, Nur Kasih The Movie dan Pulang. Buat pertama kalinya, penonton dapat menikmati sebuah karya mengagumkan daripada mereka berdua dalam filem MMA (Mixed Martial Arts) pertama di Malaysia.

Di sebalik perlawanan hebat di dalam gelanggang yang dipaparkan di dalam SANGKAR, apa yang Khabir cuba ketengahkan adalah tentang dua orang lelaki yang berjuang di luar gelanggang untuk melepaskan diri dari belenggu dari anasir negatif dalam dirinya sendiri. Mereka berubah ke arah yang lebih baik dengan berjuang untuk diri dan maruah.

Jangan lupa untuk support filem lokal di pawagam pada 29 Ogos. Cosmo beri 7/10.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist