Zahirah Macwilson Impikan Percutian Honeymoon di Venice, Itali
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Zahirah Macwilson Impikan Percutian Honeymoon di Venice, Itali

Pasangan selebriti popular, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza dikhabarkan telah melangsungkan majlis pernikahan hari ini, 20 Februari 2020.

Malam semalam telah tersebar foto-foto majlis berinai mereka yang bertemakan Bollywood. Zahirah dan Aiman sebelum ini dilaporkan telah mengedarkan kad jemputan majlis persandingan kedua belah pihak yang akan diadakan di sekitar Petaling Jaya pada Jumaat, 21 Februari.

Dalam satu temu bual bersama Harian Metro Online, dia berkata mahu berikan kejutan. "Tunggu saja dan lihat. Ia adalah satu detik yang besar buat kehidupan saya. Saya bukan nak berahsia, tapi biarlah ia menjadi kejutan," katanya.

Diimbas kembali wawancara bersama Cosmo ketika Zahirah menjadi wajah depan edisi bulan April 2019, dia membayangkan majlis persandingannya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat sahaja.

2 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness