Workout In Style! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Workout In Style!

Kini sesi workout di gim jadi lebih bergaya.

Koleksi Nike Icon Clash kembali dengan pakaian senam yang bersandarkan kepada sukan basketball.

Sarat dengan percikan glam feminin seperti rona emas dan metalik perak, serta dipadankan dengan jalur terperinci, fabrik jersi dan engineered knits, setiap helaian direka untuk pelbagai jenis senaman dan boleh ditransformasi dengan mudah kepada stail harian.

“Dengan koleksi terbaru Nike Icon Clash, kami cukup teruja untuk mempersembahkan tenaga dan perincian hebat sukan basketball kepada produk versatil seperti larian, latihan dan banyak lagi,” kata Jessica Laird, Pengarah Kreatif Senior Nike Women’s Apparel.

Koleksi Nike Icon Clash boleh kamu dapatkan sekarang!

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva