Wink at Cosmo's First-Ever Thematic Issue! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kata Editor

Wink at Cosmo’s First-Ever Thematic Issue!

Diam tak diam sudah setahun laman web Cosmo yang berwajah baru dilancarkan. Happy 1 year anniversary Cosmopolitan.my. It’s September issue, everyone in industry are hoping to see some magic! Here we come, untuk julung-julung kali diterbitkan, Cosmo amat berbangga dengan kehadiran pertama edisi thematic untuk bulan September 2019 iaitu, CosmoBody.

Cosmo dan Body memang tak dapat dipisahkan. Setiap tahun pasti ada edisi yang akan kami selitkan untuk mengupas perihal Body. Tip dan trik kesihatan juga senaman dan tak lupa juga resepi sihat yang Cosmo sering tampilkan. Dan suka saya katakan, edisi ini adalah one of my all-time-fave-issue!

Tidak hanya pada helaian Majalah Cosmopolitan Malaysia. Kami mahukan edisi ini menjadi 360 di mana, laman web kami juga bakal dihujani artikel dan info kandungan yang berkait rapat dengan Body. Oh, tidak lupa di semua platform media sosial kami. Jangan terlepas updates dan video terkini Cosmo yang berkaitan dengan theme bulan ini ya?

Penjagaan berat badan atau tubuh sudah menjadi trend, tak silap saya bermula sejak dua, tiga tahun yang lalu. Ramai wanita mula sedar akan kepentingan menjaga kesejahteraan diri dan segera enroll diri di pusat kecergasan. Bila scroll di Instagram atau di Facebook, pasti ada saja yang menayang six packs dan bahagian lain yang berotot. Ya, ia seakan fenomena yang bukan lagi asing. Satu fenomena sihat yang perlu diteruskan cause everyone wants to look good all the time. 

Maybe we should thank social media, right? Di sinilah kita dapat melihat real bodies wanita di serata dunia. Di sini jugalah kita mula menghargai tubuh kita. Saya juga mengakui makin bermotivasi bila melihat tubuh selebriti seperti JLO. Dan menariknya, ada yang mula menerima tubuh mereka seadanya. #bodylove

Apa yang ingin kamu tahu tentang tubuh (termasuk tubuh si dia)? Cosmo mahu kamu kongsikan persoalanmu agar kami boleh menghasilkan artikel-artikel menarik untuk CosmoBody dengan lebih baik lagi! Jangan lupa untuk e-melkan kepada saya di [email protected]. Till then!

Say these words, and say them out loud: I AM BEAUTIFUL AND I LOVE MY BODY!

Love,
Nisa’ Halid

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor