'Werk It' Dengan Gaya Solekan Ke Pejabat Ini! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

‘Werk It’ Dengan Gaya Solekan Ke Pejabat Ini!

Cosmopolitan X CLEO X Guardian

Solekan dikatakan dapat meningkatkan keyakinan, dan kami setuju dengan kenyataan ini. Semuanya atas pilihan kamu: Gaya solekan neutral ataupun sesuatu yang lebih menonjol untuk menyerlahkan paras rupamu. Di sini kami tampilkan dua gaya solekan ke pejabat yang berbeza, namun tidak kira apa pilihanmu, you do you!

Tampilkan dengan gaya berbeza setiap hari, atau padankan dengan agenda seharian kamu dari AM ke PM. Kami kagum dengan Kathy Park, model serta usahawan berdarah Korea yang kini menetap di Malaysia. Berjaya dalam apa yang diminatinya diiringi pesona yang ceria dan mesra, dia benar-benar memiliki segalanya!

Ambil inspirasi daripada dua gaya yang ditampilkan Kathy di sini untuk pelbagaikan gaya solekan kamu ke tempat kerja. Kesemua produk yang digunakan boleh didapatkan di Guardian untuk kamu cuba sendiri ((kami tahu, kamu pasti boleh berjimat!).

Dalam video ini Kathy mengubah gaya solekannya dalam
beberapa langkah mudah.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Solekan Berkonsepkan K-Beauty

Sekiranya kamu jenis yang sukakan solekan natural, no makeup-makeup, ini adalah contoh solekan effortless yang menawan. Sesuai untuk apa jua agenda di pejabat mahupun di luar.

BASE

SilkyGirl Gen Matte Cushion Foundation, RM35 (Harga biasa: 46.90); Maybelline Fit Me Skin-Fit Powder Foundation, RM35 (Harga biasa: RM45.90); Maybelline Fit Me Concealer, RM20 (Harga biasa: 27.90); London Stay Matte Primer, RM20 (Harga biasa: RM26.90)

Prep kulit dengan Rimmel London Stay Matte Primer untuk melicinkan dan melembapkan kulit serta membantu bedak asas bertahan lebih lama dengan kawalan kulit berminyak.

Seterusnya, gunakan SilkyGirl Gen Matte Cushion Foundation yang ringan dan bebas minyak untuk memberikan sapuan bedak yang sempurna.

Untuk menyembunyikan cela dan kemerahan, gunakan Maybelline Fit Me Concealer yang membenarkan liang-liang pori bernafas. Untuk melengkapkan asas solekan ini, gunakan Maybelline Fit Me Skin-Fit Powder Foundation untuk kemasan yang lebih halus.

MATA

Canmake Quick Lash Curler Transparent, RM30 (Harga biasa: RM39.90); W7 Blazin’ Eye Colour Palette, RM45 (Harga biasa: RM56.90); Cathy Doll Shine Bright Browcara, RM25 (Harga biasa: RM33.90); Maybelline The Hyper Curl Easy Wash Mascara, RM22 (Harga biasa: RM27.90); IN2IT Two-Way Powder Eyebrow Pencil, RM15 (Harga biasa: RM21.50); Instaglam Brow Cream, RM20 (Harga biasa: RM28.90)

Bermula dengan kening, gunakan Silkygirl Instaglam Brow Brows untuk melukis pada kening dengan kemasan semula jadi. Kemudian, gunakan Cathy Doll Shine Bright Browcara untuk membentuk dan mengemaskannya.

Layangkan warna-warna terang dan matte seperti Volcano dan Hot Sauce dari W7 Blazin ‘Eye Colour Palette pada kelopak mata sebelum menggunakan Canmake Quick Curly Curler Transparent dan Maybelline Curl Hyper Curl Easy Wash Mascara untuk bulu mata yang menawan dan melentik. Lengkapkan dengan IN2IT Two-Way Powder Eyebrow Pencil sebagai celak mata untuk kesan yang menonjol.

BIBIR

SilkyGirl MLBB Lip Tint in Rosie, RM15 (Harga biasa: RM19.90); Catrice Tinted Lip Glow Balm, RM25 (Harga biasa: RM32.90)

Lembapkan dan berikan sedikit sentuhan warna pada bibir dengan Catrice Tinted Lip Glow Balm. Bila sudah ada asas yang baik, oleskan SilkyGirl MLBB Lip Tint rona Rosie yang mampu memberi kesan bibir mungil dan warna yang bertahan sambil mengekalkan bibir yang menawan dan lembap sepanjang hari.

SENTUHAN AKHIR

Rimmel Maxi Blush, RM18 (Harga biasa: RM23.90)

Untuk melengkapkan gaya solekan K-Beauty ini, tambahkan warna mekar semula jadi pada pipi untuk menambah seri wajah. Cuba Rimmel Maxi Blush dalam mana-mana empat warna yang menarik.

Biarpun kamu sibuk bekerja, jangan lupa kuku jari-jemarimu! Tiada masa mewarna? Lekatkan sahaja Kiss New York Press & Go Manicure Set untuk kuku sempurna seperti rawatan manicure di salun.

Kiss New York Press & Go Manicure Set, RM39.90

Sebelum keluar rumah, semburkan Elizabeth Arden Green Tea Cherry Blossom Fragrance Mist yang cukup ringan untuk ke pejabat namun nota bunganya mampu meningkatkan mood kamu.

Elizabeth Arden Green Tea Cherry Blossom, RM59

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru