Vanessa Hudgens dan Austin Butler Berpisah Selepas Sembilan Tahun Bersama
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Vanessa Hudgens dan Austin Butler Berpisah Selepas Sembilan Tahun Bersama

Vanessa Hudgens & Austin Butler Berpisah Selepas Sembilan Tahun Bersama

Pasangan Hollywood paling sweet, Vanessa Hudgens dan Austin dilaporkan sudah berpisah selepas sembilan tahun menjalinkan hubungan.
Vanessa Hudgens dan Austin Butler Berpisah Selepas Sembilan Tahun Bersama
Foto: Yahoo.com

Berdasarkan satu sumber Us Weekly, “Vanessa dan Austin secara rasminya berpisah dan Vanessa telah berkongsi berita ini dengan kawan rapatnya.” Vanessa dan Austin bertemu di set pengambaran High School Musical ketika dia masih bersama Zac Efron. Gosip perpisahan ini mula tersebar apabila dia dan Austin tidak bersama ketika perayaan Krismas.

Tidak diketahui bila sebenarnya mereka putus hubungan tetapi kali terakhir Austin berkongsi gambar Vanessa adalah pada Julai tahun lalu untuk meraikan filem Once Upon a Time in Hollywood. Kali terakhir Vanessa berkongsi foto mereka bersama adalah ketika Halloween. Jadi, mungkin mereka telah berpisah pada ketika itu.

Image result for vanessa austin
Foto: Enews

Pada November 2018, Vanessa memberitahu Women’s Health, “Kami hormat, percaya dan sayang satu sama lain. Ia sangat kukuh sekarang kerana saya rasa kuat sebagai seorang wanita berdikari. I am very self-reliant, tetapi bagus untuk memiliki seorang teman baik yang kamu boleh berkongsi kemenangan serta kekalahan.”

Vanessa dan Austin masih belum memberi komen tentang status perhubungan mereka.

Artikel asal: Shannon Barbour (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker