Unik! Gadis Ini Gunakan Wajah & Tubuhnya Sebagai Kanvas Seni Artistik - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Unik! Gadis Ini Gunakan Wajah & Tubuhnya Sebagai Kanvas Seni Artistik

Seorang pelukis dari Korea Selatan memiliki keunikan tersendiri apabila mencipta ilusi artistik pada anggota tubuhnya. Cosmo cukup terpesona melihat hasil karyanya!
Foto: Instagram / @designdain

Dain Yoon, 27, bukanlah dianggap sebagai ‘makeup artist’, baginya dia merupakan seorang pelukis terlatih yang menghasilkan karya pada tubuh sendiri. Dia sudah menunjukkan bakatnya ketika berada di bangku sekolah seni sehinggalah ke peringkat universiti yang terkenal di Korea Selatan. Mungkin kamu sangka hasil seninya sudah diedit, tapi sebenarnya tidak. Semuanya atas usaha Dain sendiri melukis daripada jari-jemarinya di atas kulit wajah, dan selepas itu, dia berkongsi karyanya di Instagram.

Sungguh, karya-karya seninya seolah ‘memperdayakan’ pandangan dan minda kamu sebagai satu ilusi yang perlu dilihat dua kali untuk memastikan itu hanyalah sebuah karya seni artistik wajah yang menakjubkan.

Malah, kehebatan karya Dain telah membawanya ke persada dunia. Kini, dia berpindah ke Amerika Syarikat dan melaksanakan pelbagai projek serta pernah berkolaborasi dengan client terkemuka seperti Apple, 20th Century Fox, Instagram dan banyak lagi termasuklah dalam bidang fesyen dan teknologi.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
View this post on Instagram

New photo for my ID card ?✨

A post shared by Dain Yoon 윤다인 (@designdain) on