Ubat Gigi Mampu Kecutkan Jerawat? Ini Pendapat Ahli Dermatologi - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Ubat Gigi Mampu Kecutkan Jerawat? Ini Pendapat Ahli Dermatologi

Ada beberapa perkara yang membuatkan kami geleng kepala bila mendengarnya, antaranya tidak membersihkan solekan di wajah sebelum tidur, menyentuh wajah dengan tangan kotor, juga menggunakan ubat gigi untuk mengecutkan jerawat. Yup!
Berkesankah Ubat Gigi Untuk Jerawat? Ini Pendapat Ahli Dermatologi
Foto: Khadija Horton

Disebabkan rasa ingin tahu, Cosmo hubungi seorang ahli dermatologi untuk mencari jawapan kepada soalan, “Adakah ubat gigi berkesan dan selamat untuk menyembuhkan jerawat?”, dengan harapan kita semua mendapat lebih info tentang penjagaan kulit dan beralih kepada alternatif yang lebih baik. Ini yang kamu perlu tahu…

Adakah ubat gigi mampu mengecutkan jerawat? 

Pada dasarnya, ramai yang masih percaya jika kamu mengoles ubat gigi pada jerawat sebelum tidur, kamu akan bangun dengan wajah yang bersih keesokan hari. Ini tidak benar. “Ubat gigi biasanya mengandungi bahan (yang menjadikan kulit kering) seperti alkohol, dan ini mungkin alasan utama kenapa ramai antara kita mengolesnya pada jerawat,” kata Mona Gohara, MD, Associate Clinical Professor di Yale University, Amerika Syarikat. Dan kalau kamu belum tahu, kulit sebenarnya tidak serasi dengan alkohol.

Mengapa ubat gigi tidak elok?

“Ia boleh menyebabkan iritasi teruk,” tambahnya. “Kebanyakan formula (produk) yang mengandungi bahan seperti alkohol, baking soda, hydrogen peroxide boleh mengecutkan jerawat, tetapi ia juga menyebabkan iritasi pada lapisan penghalang kulit.” Dan jika lapisan luar kulit kamu rosak, kulit akan overdrive dan menghasilkan lebih banyak minyak, lalu menyebabkan liang pori tersumbat, breakouts, bintik hitam dan kulit berminyak.

Jadi walaupun kamu sapu sedikit saja ubat gigi pada jerawat, kulit di sekitarnya boleh mengalami iritasi dan menimbulkan lebih banyak jerawat di wajah. Tambahan, mengecutkan jerawat tidak membuatkan jerawat itu hilang, ia hanya membuat lapisan permukaan kulit kering tanpa membunuh bakteri di dalamnya. Kesimpulan: Ini bukanlah penyelesaian yang tepat untuk menyingkir jerawat.

Jadi apakah cara pantas untuk menghilangkan jerawat?

Jika kamu mengalami cystic acne (jerawat yang besar, merah dan bernanah), tidak ada banyak penyelesaian topikal yang efektif. Kamu boleh gunakan krim hydrocortisone yang dijual di farmasi untuk melegakan keradangan, namun ubat doktor yang betul-betul mampu menyembuhkan masalah ini. Jika jerawat kamu teruk, terus berjumpa pakar dermatologi ya!

Jika kamu tidak mengalami cystic acne, sapukan ubat jerawat setelah memakai pelembap. Untuk bintik putih, gunakan produk yang mengandungi benzoyl peroxide (ia membunuh bakteria penyebab jerawat), dan untuk pori-pori tersumbat, gunakan produk yang mengandungi salicylic acid yang mampu melarutkan minyak dan sel kulit. Gunakan hanya satu jenis ubat jerawat, sapukan setiap malam dan lihat reaksinya pada kulitmu.

Perlukan cadangan? Ini antara yang efektif merawat masalah jerawat.

Salicylic Acid

Salicylic Acid
MURAD RAPID RELIEF ACNE SPOT TREATMENT, RM110 (zalora.com.my)
Salicylic Acid
Salicylic Acid
CLEAN & CLEAR ADVANTAGE ACNE SPOT TREATMENT, RM69 (lazada.com.my)
Benzoyl Peroxide
Benzoyl Peroxide
NEUTROGENA ON-THE-SPOT ACNE TREATMENT, sekitar RM34 (neutrogena.com)
Repairing Treatment
Benzoyl Peroxide
PROACTIV REPAIRING TREATMENT, RM109

Artikel asal: Chloe Metzfer (cosmopolitan.com)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor