Trik Bercinta Dengan ‘Anak Emak’ - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Trik Bercinta Dengan ‘Anak Emak’

Trik Bercinta Dengan ‘Anak Emak’

Bagaimana nak kenal mama’s boy? Mudah saja! Cuba bincang topik tentang keluarga, rumah atau yang berkaitan dengannya. Lihat jawapan si dia, jika ia bermula dengan ayat seperti “Oh, my mom cakap…”, kemungkinan besar dia memang anak emak. Ikut tip mudah Cosmo jika kamu sudah jatuh cinta dengan jejaka sebegini.

Trik Bercinta Dengan ‘Anak Emak’

Foto: Depositphotos

Jangan Cepat Sentap

Jika si dia asyik merujuk ibunya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan, janganlah kamu terasa hati. Lihat dahulu apa isunya. Mungkin cadangan ibunya akan memudahkan kalian berdua. Betul tak?

Bawa Berbincang

Berbual dengan si dia mengenai hal ini jika kamu rasa kamu terlalu diketepikan. Mungkin dia akan rasa tak selesa, namun kamu harus berterus-terang. Mungkin si dia tak perasan yang kamu terguris hati dengan tindakannya.

Pikat Hati Bakal Mentua

Kadangkala kamu cemburu kerana si dia melebihkan ibunya. Jangan mudah mengalah, kenali kegemaran bakal ibu mentua kamu dan pikat hatinya. Bila ibunya mula letak kepercayaan padamu, hubungan kalian akan lebih mudah dan lancar. Selamat mencuba!

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor