Trend Alert: Gaya Baggy - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Trend Alert: Gaya Baggy

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse
Semakin longgar pakaian kamu, semakin cool dan stylish penampilan kamu… Buktinya di bawah ini!
Foto: Instagram @yuna @billieeilish

Setuju atau tidak, Billie Eilish merupakan selebriti yang mendominasi gaya fesyen gedoboh (bunyi pelik tapi itulah perkataannya) atau lebih dikenali sebagai baggy – termasuklah di red carpet mana-mana majlis anugerah yang dihadirinya. Apa yang menarik tentang gaya ini adalah, ia merupakan gaya paling selesa untuk disarung ke tubuh sehingga kamu sendiri pun takkan merungut mengenainya. Namun, ada satu syarat, kamu perlu bijak dan kreatif untuk padankan gaya ini. Cosmo kongsikan beberapa gaya selebriti dan influencer yang boleh kamu rujuk, daripada gaya jalanan sehingga ketika menghadiri majlis.