Together We Can Beat This! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Kata-Editor

Together We Can Beat This!

Hari ini hari PKP yang ke berapa ya? Ada hari saya terlupa, sampai perlu termenung dan senyap-senyap mengira hari – dari hari pertama PKP berlangsung (18 Mac 2020) hinggalah ke hari ini… Jumaat lalu, PM baru saja melanjutkan PKP sehingga 28 April. Jadi, #dudukrumah ya Cosmoholics!

Is it bad or good? Yang eloknya kita saling mengingati teman dan keluarga untuk just go with the flow… Kalau terlalu ambil pusing apa yang dibaca atau didengar setiap hari, rumors itu boleh meruntuhkan kesihatan mental dan emosi juga turut terganggu.

Ya, saya beruntung berada di samping yang tersayang. Bayangkan yang bersendirian. I’m so sorry you have to fight alone. Namun, saya pasti bila tamatnya PKP ini nanti, you will come out stronger! #staypositive!

Jadi, jalani kehidupan seperti biasa. Yang lainnya hanyalah kamu mostly di rumah – #WFH – jumpa orang yang sama (hmm… yang berseorangan pastikan kamu sentiasa reach out – selalu call yang tersayang dan chat with them).

Selebihnya masih sama. Kamu bangun, mandi dan mula bekerja. Masih makan, minum dan tidur pada masa yang sama, kan? Ya, saya tahu ia sukar bagi sesetengah orang dan pasangan. Ini masanya kita cari diri sendiri. Ini masanya kita eratkan hubungan sesama manusia, ini juga masanya kita cari diri kerana kini kita punya banyak masa untuk perbaiki diri sendiri.

Dalam kesunyian, Cosmo mahu kamu tahu kami sentiasa ada di sisi. Bulan ini kami turut hadir dalam versi digital, di mana kamu boleh memuat turun bukan saja majalah Cosmopolitan Malaysia tetapi juga 15 majalah Blu Inc Media lain untuk mengisi masa lapang. Kamu boleh download secara PERCUMA di pautan ini https://complimentary.mynewsstand.online/bluinc/ hari ini!

Sedikit hari lagi kita akan bebas keluar seperti biasa. Bebas ke mana saja dan bebas melakukan apa saja yang dihajati. Namun untuk mencapai kejayaan ini, kita perlu bersatu hati dan akur dengan perintah kerajaan dan juga Perdana Menteri. #dudukrumah dan Insya-Allah semuanya akan kembali seperti sedia kala.

Love,
Nisa’ Halid

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor