Tip Kulit Tegang Dan Muda Khas Untuk Wanita Awal 30-an
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tip Kulit Tegang Dan Muda Khas Untuk Wanita Awal 30-an

Melihat ada garis halus dihujung mata, kamu menjerit ketakutan. Padahal usia baru menganjak awal 30-an. Alamak! Adakah cara mudah atasi masalah ini?

Kulit wajah sangat berbeza di antara satu sama lain. Ada yang beruntung memiliki kulit lebih lembap. Ada pula kulit kering sepanjang waktu. Keadaan itu yang menyebabkan pelbagai masalah timbul termasuk garis halus atau kedutan. Sebab itu penting bagi kamu menangani masalah lebih awal.

Ada garis halus mula terbit kerana pengaruh genetik. Ada pula kerana faktor gaya hidup kurang sihat diamalkan seperti merokok, lewat tidur dan terlalu lama terdedah di bawah panahan cahaya matahari.

Bagaimana cara mudah kamu mengatasi masalah ini;

1. Guna pencuci muka exfoliating alpha-hydroxy di waktu pagi dan guna serum asid hyaluronic yang mampu mengurangkan masalah kedutan peringkat awal.

2. Lindungi kulit dari matahari kerana alpha-hydroxy mampu menajdikan kulit terlebih photosensitive dan hanya antioxidant atau neautralize untuk mengatasinya. Cari krim dengan SPF bermula 30 atau lebih tinggi.

3. Malam pula guna pencuci sama pagi tadi tetapi tambah krim penuaan malam dengan kandungan retinol untuk melancarkan penerbitan kolagen.

4. Makan lebih bayak ikan terutama salmon yang mampu membekalkan khasiat seperti omega-3. Pastinya patty asids mampu melembapkan kulit dan mengelakkan pembentukan kedut lebih cepat.

5. Makan lebih buah dan sayur-sayuran yang mengandungi sebatian antioksidan. Kandungan ini mampu mengatasi masalah kedutan dan memperbaiki molekul-molekul tidak stabil yang merosakkan sel.

6. Elak membasuh wajah berlebihan kerana air paip mampu menghilangkan minyak pada kulit yang bertindak semula jadi melindungi kulit dari berkedut. Melainkan kamu menggunakan pencuci yang mengandungi pelembap.

Foto: 123rf.com