Tip Dandanan Buat Si Ikal Mayang
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
curly hair tips

Tip Dandanan Buat Si Ikal Mayang

Berbanding rambut lurus, rambut ikal beralun lebih sukar nak maintain terutamanya bila kekeringan, dan frizz menjadi masalah utama rambut jenis ini. Tapi kalau JLo dan Selena Gomez boleh nampak hot berambut ikal mayang, takkan kamu tak boleh?

Di sini Cosmo kongsikan tip penjagaan khusus buat kamu yang berambut ikal, beralun dan berombak…

curly hair tips

Masalah utama: Frizz, jadi Cosmo cadangkan bila guna pengering, set pada suhu lebih rendah. Sebagai perawatan pula, guna produk yang mengandungi elastin dan pro-vitamin B5 sebulan sekali untuk rambut berkilauan dan sihat.

Potongan sesuai: Hujung rambut berbentuk oval dan sedikit berlapis di tepi akan membolehkan fringe kamu bergerak bebas.

Warna sesuai: Sedikit highlights pada warna rambut asal akan menyerlahkan tekstur.

Perlu ada di rumah: Perapi tanpa bilas, mousse, dan pengikal (curling iron)
1. Lurutkan mousse (lebih kurang dalam segenggam) pada rambut yang sudah dikeringkan.
2. Lilitkan sebahagian demi sebahagian rambut pada pengikal kecil untuk cipta alunan seksi dan bermaya.

Tip penting: Selepas bersyampu, jangan lap rambut dengan tuala sambil gosok kasar, sebaliknya hanya pedap dengan tuala dari hujung ke pangkal rambut.

Kelebihan berambut ikal mayang dan kerinting:

1. Kamu yang memiliki rambut ikal mayang akan kelihatan seksi di pantai apabila rambut kamu basah. Tidak seperti rambut lurus yang akan leper dan tidak mempunyai volume seperti kamu. Dengan bentuk beralun seperti huruf ‘S’ kamu pasti kelihatan cantik bak ikan duyung.

2. Rambut ikal mayang membuatkan kamu kelihatan muda daripasa usia. Malah ia boleh menyembunyikan bentuk wajah kamu yang bulat itu. Wanita berambut ikal mayang dilihat sebagai seseorang yang menggoda di mata lelaki.

3. Jika kamu selalu merawat rambut kamu, maka ia sebenarnya mudah untuk diuruskan. Tidak perlu menyikatnya, hanya menggunakan jari dan kamu sudah sedia untuk keluar.

 

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness