Tingkatkan Stamina Seks Di Kamar - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tingkatkan Stamina Seks Di Kamar

Tingkatkan Stamina Seks Di Kamar

Tercungap-cungap selepas ‘the big O’ adalah perkara normal buat setiap pasangan. Namun jika baru sekejap ‘kemudi’ kamu sudah pun ‘pancit’, itu boleh jadi satu masalah besar. Usah risau! Cosmo kongsi cara untuk kamu perhebatkan stamina di ranjang.

Tingkatkan Stamina Seks Di Kamar

Foto: Depositphotos

1) Take It Slow

Seks tidak seharusnya laju persis pecutan di perlumbaan F1. Pastikan gerakan kamu perlahan dan stabil agar rangsangan meningkat secara bertahap. Daripada ‘memecut’, sebaliknya cuba goda dan rangsang pasangan terlebih dahulu.

2) Pelbagaikan Posisi

Salah satu cara terbaik untuk kekalkan tenaga, mencegah kekejangan otot serta ‘game over’ dengan cepat adalah dengan mengubah posisi kamu berdua. Apabila hampir kemuncak, tukar posisi lain atau berhenti beberapa minit dan beralih kepada foreplay. Ia dapat membantu kamu dan suami bertahan lebih lama serta mencapai kenikmatan berganda. Gunakan masa tersebut untuk menikmati sesi foreplay, bisikkan kata-kata sensual atau beri urutan manja.

3) Rajin Bersenam

No brainer – cara paling tepat dan berkesan untuk tingkatkan stamina tubuh adalah dengan bersenam. Sama seperti mana-mana aktiviti fizikal lain, stamina kamu di kamar dapat diperhebat lagi bila kalian kerap bersenam. Pergilah bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, lima kali seminggu untuk melatih tubuh serta meningkatkan aliran darah untuk bekalkan kamu tenaga melakukan hubungan seks yang hebat.

4) Jaga Pemakanan

Kurangnya stamina seksual boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan dan pemakanan. Hakikatnya, untuk memiliki kehidupan seksual yang hebat, kamu seharusnya mengamalkan pemakanan sihat. Elak hidangan tinggi lemak dan kolesterol kerana ia boleh menyumbat arteri lantas melambatkan aliran darah. Peredaran darah yang lancar amat penting untuk kamu menikmati pengalaman hebat di ranjang.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor