Kostum DIY Barbie as The Princess And The Pauper Mendapat Perhatian Kala Kuarantin - Page 3 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Kostum DIY Barbie as The Princess And The Pauper Mendapat Perhatian Kala Kuarantin

Sejak perlu kuarantin di rumah, ramai yang mahu mencuba perkara baru setiap hari untuk membiasakan diri dengan rutin 'normal' baru ini. Cosmo stalking...semakin ramai individu yang berkongsi idea kreatif mereka menerusi video TikTok tidak kiralah bab memasak, menari, mahupun menjahit...

Foto: imdb.com / Barbie as The Princess and The Pauper

Shay, 20, seorang pelajar UCLA telah berhasrat untuk menunaikan impiannya membuat rekaan pakaian kostum yang diinspirasikan daripada filem animasi Barbie as The Princess and The Pauper (2004). Cosmo kagum dengan hasil yang dicurahkannya dalam situasi yang mencabar dengan wabak pandemik ini.

Setiap perincian aksesori seperti renda, reben dan lain-lain menambah lagi ciri-ciri yang teliti terhadap gaun yang disarung oleh kedua-dua watak utama iaitu Puteri Anneliese dan Erika yang memang kelihatan nyata dan menawan! Setiap gadis yang pernah menonton filem Barbie klasik ini pasti mahu memilikinya...

Ketiga-tiga video ini merupakan rakaman proses dalam menjayakan projek kostum Barbie ketika Shay melalui kuarantin di rumah. Salute!

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse