Tidur Mana Kita Malam Ni? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tidur Mana Kita Malam Ni?

Tidur Mana Kita Malam Ni?

Tak perlu risaulah… OYO Hotels ada di mana-mana!

Ini situasi setiap kali musim cuti sekolah, cuti perayaan, cuti umum – semua hotel fully booked! Termasuklah ruang tamu rumah MakTok di kampung! Siapa cepat dia dapat, siapa balik lambat mungkin terpaksa tidur di sofa. Ada juga yang setiap kali balik kampung, harus bawa bantal, tilam, toto, sarung bantal, cadar sendiri. Jadi, marilah kita explore OYO Hotels yang boleh dikatakan ada di serata tempat, termasuklah kawasan-kawasan yang kamu sangka tiada hotel dan confirm, kamu tak perlu bawa tuala sendiri pun!

Bersempena dengan perayaan akhir tahun dan awal tahun yang bakal tiba, pasti kamu ada pelbagai perancangan untuk percutian, balik kampung berkumpul dengan sanak-saudara, kenduri-kendara juga popular bila musim cuti. Cubalah OYO Hotels yang mempunyai lebih daripada 14,000 bilik di 50 bandar di Malaysia, OYO Hotels adalah penyelesaian terbaik untuk perjumpaan keluarga, tanpa perlu kamu beratur anak-beranak untuk guna bilik air. Tempah bilik yang paling berdekatan dengan destinasi kamu untuk memudahkan kamu ulang-alik. Yang penting bila tiba masanya, kamu dapat tidur dengan selesa dan mandi tanpa berebut. Lupa pula nak cakap, harga bilik juga sangat berpatutan! Rata-rata bilik untuk dua orang tak sampai RM100. Bolehlah ajak ibu, bapa, pakcik, makcik, sepupu-sepapat ramai-ramai duduk OYO.

Tempahan boleh dilakukan di oyorooms.com dan jangan keliru jika sesetengahnya tiada papan tanda OYO, malah nama hotel juga berbeza. Ini kerana OYO berkolaborasi dengan hotel-hotel bajet dan mengendalikan bilik mereka mengikut standard OYO. Bersih, kemas, cukup kemudahan asas seperti water heater, televisyen, tuala, seterika (kongsi), cerek air, cawan dan sebagainya. Kamu akan disambut dengan kusyen dan bed runner merah signature OYO Hotels sebaik kamu memasuki kamar.

Saya sendiri baru pulang daripada bercuti bersama keluarga ke Johor dan sempat menginap satu malam di salah sebuah OYO Hotels di sana. Saya memilih OYO Hotels yang berdekatan dengan JB town dan menginap di suite triple yang boleh memuatkan keluarga saya dengan selesa. Ini bukan kali pertama kami menginap di OYO. Pada Raya Haji yang lalu juga kami memilih untuk tinggal di salah sebuah hotel OYO di Seremban untuk acara korban dan juga kenduri. Memang mudah! Terutamanya bila kamu balik ke kampung tapi tiada rumah saudara mara yang boleh ditumpang. Semuanya penuh mengalahkan hotel!

Pada pandangan saya, OYO Hotels sesuai untuk keadaan seperti yang telah disebutkan – kenduri, balik kampung dan sebagainya di mana kamu tidak akan berada di bilik hotel sepanjang masa kerana kebanyakan OYO Hotels tidak menawarkan apa yang hotel-hotel mewah lain tawarkan – kolam renang, spa, gimnasium dan sebagainya. Namun untuk kamu tidur dan berehat dengan selesa selepas seharian dengan aktiviti luar, OYO Hotels adalah pilihan penginapan dengan nilai terbaik di mana saja kamu berada, tanpa mengorbankan kualiti, keselesaan dan keselamatan. Dan juga kerana harganya sangat mampu bayar, seluruh keluarga boleh duduk bersama. Tempahlah bilik sebelah menyebelah, malam-malam masih boleh lepak dengan sepupu-sepapat ‘membawang’! Satu peringatan, walaupun bercakap tentang bajet tak bermakna kamu tak ada pilihan bilik OYO Hotels yang lebih premium. Harus rajin browse untuk melihat yang mana kena dengan citarasa ya. Walaupun premium harga tetap tak membebankan.

Untuk lebih maklumat tentang OYO Hotels, kamu boleh layari http://oyorooms.com dan OYO Hotels bukan di Malaysia saja tau! Kamu boleh juga lihat pilihan yang ada di India, China, Indonesia dan UAE antaranya. Enjoy your stay!


Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru