The Sharifah Sisters Tampil Dengan Rekaan Barang Kemas Mewah
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

The Sharifah Sisters Tampil Dengan Rekaan Barang Kemas Mewah

Dikenali sebagai antara adik-beradik berpengaruh dalam industri seni Malaysia, The Sharifah Sisters – Sharifah Aleya, Amani, Aleysha dan Aryana, baru saja melancarkan koleksi barang kemas mewah, kolaborasi bersama jenama ByThian pada 6 Disember lalu.

Rekaan daripada inspirasi beberapa serangga cantik, idea rekaan koleksi ini dihasilkan oleh mereka sendiri. Koleksi SharifahSistersXByThian ini adalah kerjasama daripada ByThian, syarikat barang kemas mewah dan pakaian wanita yang dimiliki oleh adik-beradik Thian, Teresa dan Siew Kim.

Koleksi daripada ByThian menampilkan rekaan yang muda, segar dan vibrant, berdasarkan keunikan dan personaliti The Sharifah Sisters dan inspirasi daripada rama-rama, kelip-kelip, pepatung, kumbang dan semut.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness