That Black Soap - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

That Black Soap

Cosmo jatuh cinta dengan sebuku sabun daripada tanah liat…

13404246_mlow

Tapi dah tentu Erno Laszlo bukan setakat sabun ketul yang terkenal dengan nama Sea Mud Deep Cleansing Bar itu saja. Ia membawa warisan kemahiran dalam penjagaan kulit dari 1897 hingga ke hari ini, dengan mengekalkan prinsip serta falsafah yang sama serta ritual pembersihan kulit yang menjadi nadinya. Cosmo ke New York untuk merasakan sendiri sentuhan bespoke Erno Laszlo dan kami harap bila perawatan facialnya tiba di Malaysia, kamu juga akan mencubanya.

Erno Laszlo menawarkan rangkaian produk perawatan kulit untuk menangani kebanyakan masalah kulit. Dari penghidratan, antipenuaan, pencerahan ke masalah akne juga jkulit sensitif, kamu boleh dapatkannya berserta rundingan untuk mengetahui benar-benar apa yang kulitmu perlukan.

Tiada cara yang lebih sempurna, sebagai pengenalan, pengalaman Erno Laszlo Cosmo bermula dengan a bespoke facial treatment. Tidak jauh berbeza dengan kebanyakan perawatan wajah yang ada sekarang, ia bermula dengan rundingan bersama therapist.  Bespoke facial treatment Erno Laszlo tidak hanya tertumpu kepada penyelesaian satu masalah. Daripada kepakaran dan pengalaman therapist, setiap masalah yang dikenal pasti dirawat satu persatu dengan langkah berbeza, bermula dengan langkah yang paling penting: bespoke cleansing ritual. Bergantung kepada keperluan kulitmu, gabungan produk, teknik urutan serta penggunaan alatan atau mesin semuanya khusus kulitmu. Cosmo bertuah mendapat sentuhan Judit Galambosi, Lead Therapist di institute itu. Judit menerangkan keadaan kulit kita berdasarkan pemerhatiannya dan menerangkan setiap langkah yang dilakukannya dan tujuan serta kesannya pada kulit. Apa yang boleh Cosmo rumuskan, bermula dari sentuhan pertama hingga ke akhir (diamond microdermabrasion, urutan, pupur, rawatan LED etc… in between), it was A-mazing!

Produk Erno Laszlo boleh didapati secara ekslusif di SASA Pavilion, Suria KLCC, Mid Valley, Bangsar Shopping Centre & 1 Utama Shopping Centre. Cosmo percaya kamu juga akan jatuh cinta dengan the cleansing bars!

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru