Tetap Kamu, Taruhan Terbaru Amylea - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tetap Kamu, Taruhan Terbaru Amylea

Tetap Kamu, Taruhan Terbaru Amylea

Tetap Kamu merupakan lagu duet Amylea bersama Megat. Kamu dah dengar?

Hasil ciptaan Farouk Roman manakala lirik oleh Amylea sendiri, lagu ini merupakan kesinambungan dari lagu Tak Pernah Hilang di mana ia menceritakan tentang kesetiaan antara dua individu menghadapi dugaan yang berat namun berjanji akan terus menyayangi satu sama lain sekiranya tidak lagi bersama.

Keistimewaan lagu ini terletak pada perbezaan ton suara yang ketara gabungan Amylea dan Megat, menjadikan ia kombinasi yang cukup unik dan luar biasa. Muzik video pula masih mengekalkan konsep yang sama seperti lagu sebelum ini, tiada lakonan dan drama tetapi pada masa yang sama video ini memberi suasana dan mood filem. Kalau belum tonton, pergi layan sekarang!

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist