Terokai Keunikan Hotel Lokal - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Terokai Keunikan Hotel Lokal

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse
MCO bukan penghalang untuk merancang percutian kamu. Cosmo cadangkan tiga destinasi penginapan tanah air untuk kamu rancang percutian post-pandemic. Pasti setiap sudut menjadi Insta-worthy spot buat kamu yang mahu recharge dan retreat.

Anantara Desaru Coast Resort & Villas,  Johor

Rangkaian hospitaliti termewah, Anantara akhirnya membuat kemunculan debut dengan pembukaan Anantara Desaru Coast Resort & Villa. Dibina bersebelahan pantai pasir, resort tropika Anantara Desaru Coast Resort mempunyai 90 unit bilik penginapan deluxe menghadap panorama taman lagun. Yang seronok, terdapat 13 kamar penginapan mewah stand-alone satu atau dua bilik vila berserta kolam renang. Bagi yang bercuti bersama keluarga boleh memilih untuk bermalam di residen tiga atau empat bilik tidur yang cukup luas dan private!

Setiap residen dilengkapi binaan kolam renang infiniti, dapur berserta perkhidmatan chef dan butler. Seni bina rumah tradisional Melayu adalah idea arkitek Singapura iaitu WOW Architects & Warner Wong Design. Manakala reka bentuk dalaman adalah karya Konsultan Reka Bentuk Alam Sekitar dari Malaysia. Layari www.anantara.com untuk tahu lebih lagi!

Kalau pertama kali jumpa memang seorang yang awkward tapi bila dah kenal, riang sebenarnya. Into deep conversation dan suka berjalan kaki sambil dengar lagu (Kuat berangan!). Ramai kata saya slow burner tapi in the end, semua tugasan berada di bawah kawalan. Psst... Jangan terkejut, saya pandai melukis dan menjahit!

Lifestylist