Terokai Dunia Fesyen Minimalistik - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Terokai Dunia Fesyen Minimalistik

COS memperkenalkan seni fesyen minimalistik yang jitu kepada DNA jenama ini.

Sisi architecture yang dipersembahkan dalam koleksi AW2019 ini cukup jelas menerusi garisan linear, struktur teguh tapi masih sensual jika dilihat secara teliti.

Rekaan womenswear tidak complicated dan straight-forward. Sempurna buat wanita yang sukakan simplicity dan bergaya ringkas.

Palet rona koleksi ini memgambil pendekatan kepada asas industrial grey yang tampak lembut bersana rona lembut yang menyerlahkan kerapuhan dan kelembutan kesemua kombinasi rona-rona ini.

COS AW19 juga menawarkan himpunan aksesori dalam perspektif baharu seperti padded bag, quilted leather handbag dan barang kemas seperti anting-anting, klip rambut dan rantai dalam bentuk organik.

Koleksi ini juga meneroka dengan lebih mendalam pakaian tradisional, yang membenarkan ia fokus kepada perincian dan hasil kerja tangan. Check out sendiri koleksi penuh COS AW19 ini di stor berdekatan kamu sekarang.

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva