Terkena Tempias 'Job-Ghosted'? Ini Yang Perlu Kamu Buat - Page 2 of 3 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Terkena Tempias 'Job-Ghosted'? Ini Yang Perlu Kamu Buat

Terkena Tempias ‘Job-Ghosted’? Ini Yang Perlu Kamu Buat

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apa yang menyedihkan, ia sering kali terjadi. Lebih daripada satu pertiga pemohon mengatakan mereka ditolak tanpa menerima apa-apa respons! Alasannya? Proses pengambilan kerja sekarang digunakan melalui sistem dalam talian di mana program automatik meneliti resume dan e-mel pemohon. “Ghosting biasanya berlaku apabila majikan tidak mengganggap pemohon seperti manusia yang mempunyai perasaan, emosi dan matlamat,” kata Jessica Miller-Merrell, pengasas Workology.com. Jadi walaupun jika kamu berjaya ketika temu duga, mereka tetap akan ingat kamu sebagai ‘online resume’.

Akan tetapi, besar kemungkinan jabatan sumber manusia ditenggelami berpuluh e-mel yang datang dalam masa sehari, “Just checking in!” daripada calon lain yang sama seperti kamu. “Ia adalah perkara biasa untuk syarikat mempunyai beratus calon hanya untuk satu jawatan kosong,” kata Miller-Merrell. Walaupun pada skala kecil, bayangkan jika majikan mempunyai 10 jawatan kosong dan menemu duga 10 calon untuk setiap jawatan kosong tersebut, dia pasti akan menerima 100 follow-ups pada masa yang sama oleh calon-calon tersebut.”

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert