Terbaik 2019: Destinasi Percutian Keluarga Di Asia - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Terbaik 2019: Destinasi Percutian Keluarga Di Asia

Terbaik 2019: Destinasi Percutian Keluarga Di Asia

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Percutian keluarga atau kids friendly destination paling dititik beratkan oleh keluarga yang sudah ada anak bila mahu bercuti. Bukan saja dari segi kos, aktiviti, lokasi, toys shopping, pantai dan taman rekreasi antara yang sering ada dalam top checklist kamu, kan? Cosmo bantu kamu cari destinasi agar percutian akan datang buat kamu dan keluarga senyum lebar!
Terbaik 2019: Destinasi percutian keluarga di Asia
Foto: Depositphotos

JEPUN

Cosmo memilih Kyoto dan Tokyo sebagai destinasi mesra keluarga di Jepun. Destinasi sepanjang tahun ini perlu diberi pujian kerana landskapnya yang cantik, selamat dan bersih. Ia juga kaya dengan budaya dan sejarah! Penduduk tempatan yang sopan dan suka membantu pasti antara sebab  pelancong datang saban tahun. Sistem pengangkutan awam yang cekap  membawa kamu ke mana-mana  yang ingin dilawati. Kyoto adalah refleksi terbaik Jepun lama beserta 2,000 kuil. Tokyo pula mempunyai banyak bangunan pencakar langit dan menawarkan teknologi yang inovatif lagi menarik.. Pasti kamu tidak mahu ketinggalan dalam aktiviti unik seperti menonton gusti sumo, menjelajah Mt. Fuji dan melawat taman Hello Kitty. Jepun juga terkenal dengan taman hiburan: Universal Studios, Tokyo Disneyland, dan Tokyo DisneySea. Kalau kamu merancang ke Jepun, dapatkan Pas Laluan. Ia memudahkan perjalanan dan yang syok, kanak-kanak berumur bawah lima tahun tidak dikenakan bayaran.

HONG KONG

Satu lagi bandar yang menggabungkan yang lama dan yang baru untuk percutian mesra keluarga. Hong Kong Disneyland adalah pilihan yang jelas untuk hari yang penuh dengan ketawa dan senyuman. Banyak rides yang sesuai dengan semua peringkat umur, pertunjukan dan peluang untuk jumpa karater yang digemari. Pertunjukan bunga api di atas Sleeping Beauty’s Castle bakal menyempurnakan percutianmu. Untuk keseronokan yang lebih menarik dan menyeronokkan taman tema, bermalam di Ocean Park Hong Kong. Cuba Peak Trem untuk pemandangan ikonik dan bersiar-siarlah di Hong Kong Park yang menenangkan, Cosmo suggest kamu bawa bot untuk melihat permandangan Lihat pembentukan batu yang luar biasa di lapan Geopark, menaiki kereta kabel ke patung Buddha yang besar di Bi Lin Poin dan mengambil gambar di Muzium Trick Eye atau 3D Visual Art Museum Repulse Bay.

SINGAPURA

Cosmo pasti kamu tak akan habis berseronok bersama keluarga di Singapura. Bandar yang sibuk ini mempunyai segala-galanya dari taman tema ke alam semula jadi yang membolehkan seluruh keluarga menikmatinya. Kanak-kanak akan meloncat gembira bila melihat Taman berwarna-warni dan keunikan By the Bay dengan taman permainan air percuma hanya untuk kanak-kanak. Taman Kanak-kanak Jacob Ballas yang terletak di  Singapore Botanic Gardens juga merupakan kegemaran orang ramai. Hampir semua muzium utama di Singapura mempunyai pameran yang direka khusus untuk kanak-kanak, seperti Kisah Hutan di Muzium Nasional Singapura dan Future World di Muzium ArtScience yang layak di Instagram. Terdapat hari-hari istimewa apabila anak-anak boleh pergi juga percuma! Jangan lupa untuk juga merasa sendiri rides di Universal Studios Singapura semasa kamu di sana!

BALI, INDONESIA

Jarak hanya tiga jam dari KL, menjadikannya tempat percutian kegemaran di kalangan rakyat Malaysia. Ia mempunyai beberapa pantai yang paling indah di dunia juga kuil-kuil megah. Bali adalah destinasi terbaik untuk diteroka bersama seisi keluarga. Bukan saja terkenal dengan pelbagai kuil, pantai dan sawah – ia juga menjadi rumah kepada Waterbom Bali, taman air nombor satu di Asia. Lima daripada 13 laluan airnya adalah mesra kanak-kanak, ada bungy yang sesuai untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur! Kalau kamu sekeluarga peminat alam semula jadi, Cosmo saran kamu ke Campuhan Ridge Walk dan Bali Safari and Marine Park. Tip: bawa stroller yang boleh dilaras dan ultra ringan untuk anak kecil kerana laluan pejalan kaki di sana agak sempit dan tidak rata. INGAT! Tahan teksi Blue Bird Group sahaja bila kamu di sana ya!

PHUKET, THAILAND

Pulau Phuket terbesar Thailand ini sering memaparkan banyak senarai keseronokkan seisi keluarga. Terdapat pantai yang sesuai dengan selera kamu: Sama ada kamu dan keluarga mahukan pantai yang meriah dengan banyak kemudahan atau tempat yang lebih tenang dan jauh dari orang ramai, pantai-pantai Phuket pasti menyenangkan. Taman Air Splash Jungle adalah lokasi yang tenang tanpa pasir dan banyak bot ke pulau-pulau berdekatan. Restoran berdekatan menyajikan masakan tradisional Thailand dan hampir semua hidangan antarabangsa dan pelbagai tarikan lain. Muzium Interaktif Phuket Trickeye pasti  membuat kamu dan keluarga tersenyum dan novel Baan Teelanka (Upside House) menawarkan banyak peluang bergambar yang menakjubkan. Main golf mini di Dino Park, mengagumi pelbagai kehidupan akuatik di Phuket Aquarium dan bersuka-ria dia Phuket Bird Park. Taman tema seperti Siam Niramit dan Phuket FantaSea menambah lagi kepelbagaian. Enjoy!

MALAYSIA

Yasss! Malaysia juga tersenarai. Bukan saja disebabkan kombinasi budaya dan tradisi yang pelbagai – kaum Melayu, Inggeris, India, dan Cina. Hanya dengan melawat Malaysia bagaikan sudah  melawat pelbagai negara yang berbeza dalam satu masa. Bercuti dengan keluarga di Malaysia bakal beri banyak peluang kepada si kecilmu meneroka kuil China dan mencuba makanan India. Di Sebelah Borneo pula, kamu boleh menikmati keindahaan kebudayaan yang berbeza-beza. Mahu lebih adventurous? Jom mendaki 272 tangga ke kuil Hindu yang dibina di Batu Caves dan jangan lupa nikmati pemandangan dari sky bridge untuk menyaksikan menara berkembar tertinggi di dunia – Menara Petronas. Jika itu tidak mencukupi, kamu boleh ke Legoland Malaysia di Johor Bahru. Taman air, taman hiburan, dan hotel bertema pasti akan menghiburkan keluargamu.

All in all, remember to have fun!

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor