Taylor Swift Dedah Ibu Menderita Sakit Kanser
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Taylor Swift Dedah Ibu Menderita Sakit Kanser

Taylor Swift Dedah Ibunya Menghidap Dua Kanser

Tinggal beberapa hari saja lagi untuk tayangan dokumentari Taylor Swift, Miss Americana yang bakal ditayangkan di Netflix. Dalam satu temu bual bersama Variety, Taylor bercerita tentang projek terbaru, persengketaan dengan Kanye West dan Scooter Braun, pegangan politik dan kesihatan ibunya.
Taylor Swift Dedah Ibu Menderita Sakit Kanser
Foto: Reddit

Selepas menjelaskan yang dia akan tetap meneruskan misinya untuk membantu isu semasa (seperti hak artis), Taylor berkata tahun ini dia bakal mengurangkan tour. Keputusan ini dilakukan kerana kesihatan ibunya, Andrea Swift yang kini menhidap kanser.

Dia sebelum ini berkongsi kanser payudara ibunya kembali untuk kali kedua, dan terbaru, ibunya didiagnos dengan tumor otak.

“Dia sedang menjalani kemo dan itu sudah cukup teruk,” kata Taylor. “Ketika ibu mendapatkan rawatan, doktor telah mengesan tumor otak. Simptom penyakit ini sangat berbeza sekali dengan kanser yang dihidapinya sebelum ini. Hal ini sangat sukar buat kami sekeluarga.”

View this post on Instagram

Let the games BEGIN.

A post shared by Taylor Swift (@taylorswift) on

Taylor juga berkata mereka masih belum menentukan rawatan apakah yang akan dipilih, tetapi keputusannya untuk berehat daripada konsert jelajah adalah pilihan yang tepat. Dia berkata, “Semua orang sayangkan ibu masing-masing, tetapi bagi saya, she’s really the guiding force. Hampir setiap apa yang saya buat, saya akan beritahunya terlebih dahulu. So obviously it was a really big deal to ever speak about her illness.”

Dokumentari Taylor akan mula disiarkan pada 31 Januari di Netflix.

Artikel asal: Shannon Barbour (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker