Tarik Perhatian Jejaka Idaman Dengan Cara Ini - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tarik Perhatian Jejaka Idaman Dengan Cara Ini

Tarik Perhatian Jejaka Idaman Dengan Cara Ini

Mudah saja, jadilah wanita sempurna untuk prince charming impian kamu!

Tarik Perhatian Jejaka Idaman Dengan Cara Ini

Foto: Depositphotos

Tampil Menarik

Walaupun pepatah mengatakan ‘don’t judge a book by its cover’, tapi tanpa penampilan agak sukar untuk menarik perhatian si dia. Kuncinya, selalu tampil fabulous. Mulakan dengan gaya ringkas, chic dan elegan seperti Blake Lively. Jangan bergaya ala primadona pula ya!

Berpengetahuan Luas

Kamu perlu ada pengetahuan tentang sesuatu penting seperti isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling, lokasi percutian yang sedang hangat, makanan unik yang trendy dan sebagainya. Ingat, kebanyakan jejaka sukakan wanita bijak dan berfikiran jauh.

Jaga Tingkah Laku

Kelakuan kamu ibarat ‘magnet’ untuk menarik perhatian si dia. Kamu mesti tahu jaga tingkah laku, adab di meja makan, dan sebagainya agar dilihat sebagai wanita classy. Ia sangat penting jadi jangan ambil mudah okey.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor