Tak Sangka! 15 Selebriti Hollywood Terkenal Ini Bermula Dari Rancangan Realiti TV - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tak Sangka! 10 Selebriti Hollywood Ini Bermula Dari Rancangan Realiti TV

Tak Sangka! 15 Selebriti Hollywood Terkenal Ini Bermula Dari Rancangan Realiti TV

What are you doing here, Emma Stone?

Pasti kamu pun setuju, tanpa rancangan realiti TV seperti Keeping Up with the KardashiansAmerican Idol dan Star Search, selebriti seperti Kelly Clarkson, Kim Kardashian dan Christina Aguilera takkan muncul sebagai nama besar di persada seni dunia. Siapa lagi yang menjadi terkenal dari rancangan realiti TV? Ini antaranya… Jangan terkejut!

image

1. Cardi B

Pernah tonton Love & Hip Hop New York? Cardi menyertai rancangan tersebut pada 2015, hanya dua tahun sebelum Bodak Yellow dilancarkan.

Tak Sangka! 10 Selebriti Hollywood Ini Bermula Dari Rancangan Realiti TV

2. Meghan Markle

Pengajaran hidup: Going on Deal or No Deal boleh menentukan hala tuju hidup kamu, yang mungkin berakhir dengan seorang putera, mahkota, dan drama keluarga!

image

3. Bella Hadid

Sebelum bergelar supermodel, Bella Hadid merupakan salah seorang pelakon dalam The Real Housewives of Beverly Hills kerana ibunya, Yolanda Hadid, turut membintangi rancangan itu.

image

4. Camila Cabello

Camila Cabello bermula dari The X Factor, kemudian menyertai Fifth Harmony.

image

5. Emma Stone

Perkara hebat Emma Stone lakukan sepanjang kerjayanya: 1) Memenangi Oscar, 2) Bertanding dalam In Search of The Partridge Family pada 2003.

image

6. Gigi Hadid

Sama seperti Bella, Gigi bermula dari Real Housewives, thanks to her mom.

image

7. Lady Gaga

Tak pernah tahu Lady Gaga juga bermula dari realiti TV? Well, you do now. Dia bukan saja muncul dalam The Hills, malah juga MTV show bertajuk Boiling Points.

image

8. Harry Styles

Harry Styles terkenal kerana melalui uji bakat The X Factor sambil memakai an extremely skinny scarf dan kardigan. Ingat lagi?

image

9. Kesha

Never forget, Kesha pernah muncul dalam satu episod The Simple Life bersama Paris Hilton dan Nicole Richie, di mana mereka bertiga mencari calon pasangan untuk ibu Kesha sendiri.

image

10. Chris Hemsworth

Helo, apa yang kamu sedang lihat di sini adalah foto rare Chris Hemsworth bergelek dalam Dancing with the Stars versi Australia pada tahun 2006.

image

11. Britney Spears

Yup, Britney juga bermula dari Star Search.

12. Lucy Hale

Sebelum mencipta nama dalam Pretty Little Liars, Lucy bertanding dalam American Juniors. Lain benar nampak wajahnya tanpa kening tebal.

image

13. Justin Timberlake

Sebelum menyertai NSYNC, Justin dan topi koboinya bertanding dalam Star Search dan sejujurnya, it was the cutest thing ever. LOOK AT HIM!

image

14. Zayn Malik

Agak mengejutkan, wajah Zayn ketika uji bakat X Factor tampak sama saja hingga sekarang! Anyway, rancangan inilah yang membuatkan dia menjadi sangatttttt terkenal.

image

15. Nicole Scherzinger

Nicole Scherzinger sekarang: Juri dalam rancangan realiti TV. Nicole Scherzinger sebelum ini: Bertanding dalam rancangan realiti TV bertajuk Pop Stars where she slayed.

Artikel asal: Mehera Bonner (cosmopolitan.com)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor