Tak Perlu Berus Mekap, Guna Jari Saja!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tak Perlu Berus Mekap, Guna Jari Saja!

Tak Perlu Berus Mekap, Guna Jari Saja!

Berus mekap kamu dah kotor ataupun hilang? Jangan risau, tak perlu pergi beli baru. You can use your fingers!
Tak Perlu Berus Mekap, Guna Jari Saja!
Foto: depositphotos.com

Ibu jari

Gunakan untuk oles pembayang mata. Tekap kedua-dua ibu jari pada pembayang kemudian silangkan jari kiri mengoles mata kanan dan sebaliknya dan ratakan (agar hujung jari mengarah ke sudut dalam mata).

Telunjuk

Gunakan untuk warnakan bibir kerana ia paling sesuai untuk pedap warna pada ulas bibir bawah juga untuk kemaskan garis atas bibir.

Jari tengah

Gunakan untuk pembayang pipi. Pedap warna bermula dari sisi dahi ke tulang pipi untuk kemekaran semula jadi.

Jari manis

Gunakan untuk pedap penyamar bawah mata. Kerana penggunaan jari ini agak kekok, ia juga paling lembut sentuhannya jadi ia takkan menarik kulit pada kawasan mata.

Jari kelingking

Gunakan untuk serlah sudut dalam mata dengan warna bersinar. Saiznya cukup-cukup saja untuk mengadun warna di situ untuk mata yang kelihatan segar serta-merta!

Pangkal tapak tangan

Gunakan untuk produk contour dan highlighter. Ia seperti stensil untuk wajah. Oleskan warna di bahagian itu dan tekan pada lohong pipi (bawah tulang pipi). Kemudian ulang dengan highlighter di atas tulang pipi.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker