Tak Mengaku Berdarah Indonesia, Agnes Monica Buat Rakyat Indonesia Mengamuk?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tak Mengaku Berdarah Indonesia, Agnes Monica Buat Rakyat Indonesia Mengamuk?

Bak kata pepatah Melayu, hujan emas di negara orang, hujan batu dinegara sendiri. Tidak kira dimana kamu berhijrah dan berjaya disana, ia tetap tidak dapat menandingi kemakmuran negara sendiri.

Ramai penyanyi ataupun selebriti kelahiran Asia yang berjaya menempa nama di Hollywood. Penyanyi kelahiran Indonesia, Agnes Monica, 33, yang kini dikenali sebagai Agnez Mo seperti yang diketahui ramai telah berhijrah ke Los Angeles dan semakin dikenali disana.

Penghijrahan Agnez tentu sekali membanggakan buat Indonesia tetapi baru-baru ini, penyanyi itu telah mengguris hati rakyat negara itu. Agnez dalam satu interviu bersama Yahoo’s BUILD Series, bercerita tentang single terbarunya, karier muzik dan asal usulnya.

Hos program itu kemudian bertanya mengenai Indonesia yang penuh diversiti dan kepelbagaian budaya. Malah hos itu juga bertanya bagaimana Agnez menyesuaikan diri di sana. Disinilah bermulanya kenyataan yang membuatkan peminat di Indonesia jelek dan berang dengan Agnez.

“I actually don’t have Indonesian blood whatsoever. I’m actually German, Japanese, Chinese — I was just born in Indonesia. And I’m also Christian, which is in Indonesia the majority there are Muslims. So I’ve always been kind of, you know, like, I’m not gonna say that I’ve felt that I don’t belong there, because I always felt like the people accepted me for who I was. But there’s always that sense of, ‘ugh… I’m not like everybody else’. Yeah, for sure, and I think it really taught me how to embrace my vulnerability, differences, quirkiness,”luah Agnez

Peminat Indonesia juga kesal dengan kenyataan Agnez yang seperti malu mengakui dirinya sebagai rakyat Indonesia. Agnez yang juga merupakan artis Indonesia paling banyak meraih anugerah di sana, sebelum ini menjadi popular kerana sokongan dari peminat dan industri muzik di sana.

Peminat juga mempertikaikan fesyen dan gaya Agnez yang seperti terlalu mencuba lari daripada identiti ketimurannya. Selepas tular klip video tersebut, Agnez kemudian menjelaskan yang perbualan itu telah disalah tafsir dan diambil luar daripada konteks,

“Why dont you cut and edit this part? 🤷🏻‍♀️. Shame on people who only want to spread hatred by twisting my words and my intention. ☺️ All i said were good things, that even when I’m a MINORITY, i got to share this amazing diversity that i learn in my country. I have always shared that in ALL my interviews (national and international). I can’t choose my blood or my DNA, but I always STAND for my country, I ALWAYS HAVE, and NOBODY could take that away from me. Learn to watch the whole thing instead of taking things out of context. For people who support me, i love you ☺️ For people who want to misunderstand me, i love you and i forgive you. ☺️❤️ 🥰 believe me, i dont have a single ounce of grudge or anger towards you. For all the clout chasers, I pray for you so you could find peace in ur heart 🥰❤️#TheBibleTellsMeSo My heart is full. No matter what you say, ✊🏼#Indonesia represent. #AGNEZMO Love & Forgive”, jelas Agnez di Instagramnya.

Agnez yang memiliki lebih 19 juta pengikut di Instagram dan meraih jutaan tontonan di setiap video muzik di YouTube kini baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul Nanana.

Foto: instagram.com/agnezmo
Video: Youtube – BUILD series

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness