Tahniah! Gigi Hadid & Zayn Malik Bakal Timang Cahaya Mata Pertama
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tahniah! Gigi Hadid & Zayn Malik Bakal Timang Cahaya Mata Pertama

OMG! Berdasarkan beberapa sumber, Gigi Hadid dilaporkan sedang hamil anak pertamanya dan Zayn Malik is the father!
Foto: Vogue

TMZ melaporkan bahawa “sumber keluarga” memberitahu mereka Gigi kini sedang hamil 20 minggu atau lima bulan. Belum pasti jika Gigi dan Zayn sudah mengetahui jantina bayi mereka, tetapi kedua-dua belah pihak sangat gembira dengan kehamilan Gigi.

Tidak lama selepas itu, Entertainment juga mengesahkan berita tersebut. “Gigi and Zayn are expecting their first child together and the couple is very excited!” kata sumber mereka. “Gigi menyimpan rahsia ini dengan keluarganya dan kawan-kawan untuk sementara waktu ini kerana dia masih di awal kehamilan. Apabila Gigi dan Zayn kembali bercinta hujung tahun lalu, mereka tahu mereka ditakdirkan untuk bersama. Pasangan ini dan keluarga mereka sangat gembira.”

Gigi Hadid Pregnant: Expecting First Child with Zayn Malik | The ...
Foto: Bravotv

Hubungan Zayn dan Gigi sangat okey selama beberapa bulan ini. Mereka kembali bersama awal tahun ini dan sejak itu jarang menunjukkan kemesraan mereka di publik. Tetapi baru-baru ini, Gigi berkongsi satu foto bersama Zayn ketika ulang tahunnya yang ke-25 tahun:

View this post on Instagram

❣️?

A post shared by Gigi Hadid (@gigihadid) on

Bagaimanapun, Gigi dan Zayn masih belum memberi sebarang respon kepada berita ini. Jika ia benar, congrats to these soon-to-be parents!

Artikel asal: Starr Bowenbank (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker