Tahniah! Chris Pratt & Katherine Schwarzenegger Bakal Timang Anak Pertama
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Tahniah! Chris Pratt & Katherine Schwarzenegger Bakal Timang Anak Pertama

Berita yang menggembirakan untuk peminat Chris Patt dan Katherine Schwarzenegger, pasangan ini bakal mendapat cahaya mata!
Foto: People

People melaporkan beberapa sumber mengesahkan bahawa Katherine sedang mengandung. Ini adalah anak pertamanya bersama Chris. Sebelum ini, Chris mempunyai seorang anak lelaki bernama Jack bersama bekas isterinya, Anna Faris. Chris dan Katherine telah berkahwin pada Jun tahun lalu.

Could This Be Why Chris Pratt and Anna Faris Are Getting Divorced?
Foto: Cheatsheet.com

Chris tidak malu berkongsi mengatakan dia ingin mendapat ramai anak bersama Katherine. Dalam satu temu bual beberapa bulan lalu, Chris ditanya apakah ‘perfect future‘ baginya dan dia menjawab, “The future? Oh, lots of kids.” Satu sumber juga memberitahu People bahawa pasangan ini mahu mengembangkan keluarga secepat mungkin.

Dan jika kamu merasakan hubungan mereka sangat cepat, menurut satu sumber, “Hubungan Chris dan Katherine bukanlah hubungan biasa. Chris memang sudah mengenali ibu Katherine. Mereka tidak perlu take things slow kerana mereka dalam proses mengenali keluarga masing-masing.”

Tahniah Chris dan Katherine!

Artikel asal: Alanna Lauren Greco (Cosmopolitan.com)

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker