Tafsir Peribadi Lelaki Melalui Haiwan Peliharaan - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tafsir Peribadi Lelaki Melalui Haiwan Peliharaan

Tafsir Peribadi Lelaki Melalui Haiwan Peliharaan

Kamu boleh kenali personaliti si dia melalui jenis haiwan peliharaan. Jadi apa kaitan si dia dengan kucing, arnab atau burung yang disayangi selama ini? Cosmo ada jawapannya.

Tafsir Peribadi Lelaki Melalui Haiwan Peliharaan

Foto: Depositphotos

Kucing

Si dia jenis suka bersendirian atau introvert. Tampak seperti dia suka bersendiri tapi bila kamu approach, dia boleh jadi pendegar setia, mudah diajak berbual dan boleh diharap. Kalau kereta kamu rosak di tepi jalan, call saja dia.

Arnab

Dia tak gemar jika kamu mengongkong hidupnya dan lebih selesa dengan wanita yang berperwatakan santai. Oh ya, si dia mudah suaikan diri dengan persekitaran baru.

Burung

Pendek kata, si dia tak suka wanita yang gemar menipu kerana jejaka sebegini adalah seorang yang jujur. Jika kalian lepak bersama, pasti ada saja jenaka yang boleh buat kamu tak kering gusi.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor