Tafsir Kediaman Teman Lelaki Kamu - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tafsir Kediaman Teman Lelaki Kamu

Tafsir Kediaman Teman Lelaki Kamu

Pakar psikologi dan perhubungan, Antonia Hall membantu kamu menganalisis peribadi jejaka berdasarkan kediamannya.

Tafsir Kediaman Teman Lelaki Kamu

Foto: Depositphotos

Dekorasi minimal

Ayuh berfikiran positif, mungkin si dia selalu outstation sebab itu rumahnya tampak kosong dan minimal. Menurut pakar psikologi, jejaka yang membiarkan rumahnya dalam keadaan kosong adalah seorang yang takutkan komitmen. Well, masanya untuk kamu selidik!

Ruang penuh dengan gambar nostalgia

Semua gambar kenangan dari kecil hingga dewasa tergantung cantik di dinding rumah. Walaupun nampak jejaka ini hargai masa kecilnya, sebenarnya dia jenis susah untuk move on. Si dia selesa hidup dalam kenangan. Kemungkinan besar dia punya hubungan yang cukup erat dengan keluarganya.

Bersih dan kemas

Selamat! Jejaka ini tahu bagaimana atur kehidupannya. Hati-hati, jejaka begini juga memerhati penampilan kamu. Kemungkinan besar dia jenis ambil masa berjam-jam untuk bersiap kerana si dia akan pastikan banyak mata memerhati dirinya sebaik keluar langkah dari rumah.

Ruang penuh dengan baju dan pinggan kotor

Perkara pertama yang terlintas di fikiran kamu; “Duh, jejaka ini pengotor dan pemalas!” Siapa tahu jejaka itu sibuk hingga tak ada waktu untuk buat kerja rumah. Kajian membuktikan keadaan bilik bak tongkang pecah menandakan si dia jejaka yang kreatif.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist