Tafsir Cara Jejaka Mandi... - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tafsir Cara Jejaka Mandi...

Tafsir Cara Jejaka Mandi…

Tabiat mandi si dia memang boleh ceritakan sesuatu mengenai dirinya. Ketahui MO membersihkan dirinya untuk ketahui personaliti dan kehendaknya.

Tafsir Cara Jejaka Mandi...

Foto: Depositphotos

Si Dia Jenis Wash and Go

Lelaki yang mandi sekejap saja sememangnya praktikal dan boleh diharap – mereka menganggap sesi itu sebagai keperluan asas yang perlu diselesaikan bila bangun pagi. Lelaki jenis ini jenis bertanggungjawab, dia jenis yang akan berada di sisi bila kamu perlukan urutan kaki selepas hari yang sukar. Tapi ada satu perkara kamu kena tahu: Dia tak berapa pandai nak mereka. Ideanya untuk janji temu hebat adalah makan malam dan menonton wayang. Jadi, jika kamu teringin sedikit adventure dalam perhubungan, kamulah kena mainkan peranan lebih.

Si Dia Mandi Beberapa Kali Saja Dalam Seminggu

Berkemungkinan besar dia akan gelak besar bila sendawa kuat di depan orang ramai. Dalam erti kata lain, sedikit tak matang. Kebanyakan masa dia hanya akan bertindak bila dia rasakan dia perlukannya. Jika kamu dalam perhubungan dengan jejaka yang banyak habiskan masa melepak daripada ambil masa untuk mandi, kamu mungkin perlu selalu ingatkannya mengenai kehendak dan keinginan kamu. Tapi tidaklah semuanya berita buruk ya. Perangainya yang agak santai ini bermakna jika kamu beritahunya sesuatu yang penting, si dia akan ikut cakap kamu.

Si Dia Jenis Menikmati Sesi Bersihkan Diri

Ada kala seseorang lelaki akan ambil masa di bilik air jika dia tertekan. Tapi, jika dia asyik habiskan masa berjam lamanya di situ, dia mungkin menyembunyikan a dirty little secret: Gemar memuja diri sendiri. Kelihatan hebat amat penting bagi dirinya, dan dia mungkin sedikit vain. Bila keluar date, dia kalau boleh nak kamu puji penampilannya. Tanpa kata-kata positif, dia mungkin akan rasa kurang berkeyakinan dan sukar nak memuaskan kehendak kamu.

Si Dia Mandi Beberapa Kali Dalam Sehari

Lelaki yang membersihkan diri lebih dua (atau masuk tiga kali jika ke gim) dalam masa 24 jam bukan saja clean-cut, tapi sedikit neorotik. Berkemungkinan, dia selalu nampak elok dan perlukan hidupnya nampak teratur. Jejaka yang ada regim tersendiri ini bukan saja tak gemarkan aktiviti spontan, jadi elaklah anjurkan surprise party untuknya atau menempah percutian minit terakhir. Yang bagusnya, pemikirannya yang agak perfectionist itu akan berikan kamu keseronokan.. Dia sangat pentingkan perincian dan akan lakukan apa saja untuk pastikan yang kamu amat berpuas hati.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor