Tafsir 5 Mimpi Seks Aneh - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Tafsir 5 Mimpi Seks Aneh

Tafsir 5 Mimpi Seks Aneh

Kamu yang hari ini langsung tak bersedia untuk sesi ghairah yang berlaku semalam…

Foto: Depositphotos

Apabila kamu bermimpi seks dengan…

1. Seseorang yang kamu menyampah (seperti bekas kekasih)

Ini pada dasarnya adalah mimpi ngeri-yang biasa sebenarnya. Tetapi mimpi yang dibintangi bekas kekasih bukanlah petanda kamu kembali padanya. ‘Ia lebih kepada apa yang mereka wakili dulu: keghairahan, kemahuan, keterujaan,” kata pakar penganalisis mimpi, Lauri Loewenberg. Kamu mungkin perlu membawa tenaga itu ke dalam perhubungan yang sekarang ini dan jika kamu masih single, cuba dating dengan cara berbeza. Jika orang yang kamu menyampah itu bukan bekas kekasih, mungkin pra-sedar kamu sedang memberitahu agar berhubung semula dengan orang itu,” kata Loewenberg. “Tak elok benci orang lama-lama.”

2. Orang yang kamu tak kenali

Jalan cerita ‘kekasih misteri’ = mimpi seks kedua paling kerap berlaku. Dan jalan ceritanya akan berubah menghancurkan fantasi kamu yang gila romantik. “Ia tak bermakna kamu mimpikan seseorang sedang menanti kamu di luar sana,” kata Loewenberg. ‘Ia lebih kepada kamu cuba mengenali beberapa aspek tentang diri sendiri.” Membayangkan malam yang hangat bersama skandal boleh melambangkan kemahuan kamu untuk menjadi lebih tegas… konon kamu hebat sangat dan berani untuk melakukan sesuatu yang nakal dengan orang yang kamu baru jumpa. Cosmo rasa yang ini biar dalam mimpi sajalah daripada kamu cari masalah.

3. Rakan sekerja atau (matilah!) majikan kamu

Kamu jumpa mereka setiap hari, tak hairanlah dalam mimpi pun muncul juga. Tetapi ada beza rupanya kamu bermain cinta dengan majikan berbanding orang bawahan, kata Loewenberg. Jika kamu bekerja untuk mereka, mimpi itu mungkin mengenai pergelutan kuasa. Selesaikannya dengan mencari sesuatu yang perlu diselesaikan. Jika kamu melakukan perkara-perkara tak manis di tempat kerja dengan pekerja sendiri, fikirkan tentang apa yang mereka lakukan untuk kamu IRL. Jika dia pembantu yang memastikan hidup kamu teratur, otak kamu mungkin memberitahu silalah aturkan hidup kamu elok-elok.

4. Pensyarah

 Jika kamu asyik berangan dalam kelas memandang pensyarah kamu ia mungkin ‘sambungan’ indah daripada angan-angan kamu itu dan kira kamu dapat dua dalam satu – ilmu dapat, fantasi pun dapat (walau hanya mimpi). Tapi jika pensyarah yang kamu geruni, yang jenis datang kelas pakai seluar berkedut, muka bengis, cuba lihat pada subjek yang mereka ajar. ‘Jika bahasa Inggeris, mungkin ada keperluan dalam hidup anda untuk pertingkatkan kemahiran komunikasi, ” cadang Loewenberg. ‘Jika matematik, ia boleh menjadi panggilan untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik. ” Serius pula mimpi pensyarah ni. Cosmo harap tak mimpi macam ni.

5. Sekumpulan orang

Amboi ramai sangat masuk dalam skrin mimpi kali ini! Walaupun macam mengujakan tetapi dream orgies sebenarnya adalah tanda amaran kamu punyai banyak kebimbangan dalam hidup. Atau kamu sedang mengalami bebanan mental berlebihan yang digambarkan dalam bentuk pasangan serta bahagian tubuh yang berlebihan,” kata Loewenberg. Sudah tiba masanya untuk mencari jalan untuk Marie Kondo perkara dalam hidup yang serabut (atau sekurang-kurangnya tolak ke tepi dulu mana yang kurang penting). Pergi bercuti seketika untuk kembalikan ketenangan diri.

Cara penyelesaian mudah tapi apa maksudnya?

Kebanyakan mimpi seks bukanlah tentang orang di dalamnya tetapi apa yang mereka wakili. Jadi tanya diri kamu sendiri: Apa yang paling menonjol kepada kamu tentang orang itu? Sikap gila-gila mereka? Sikap suka mengarah-arah? Mungkin itulah yang cuba disampaikan oleh suara hatimu agar kamu cuba terapkan dalam kehidupan kamu.

Artikel asal: Hanna Smothers

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru