Steal Their Looks - Perfect Wedding Dress
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Steal Their Looks – Perfect Wedding Dress

Minggu lalu menyaksikan ramai selebriti tanah air yang melangsungkan perkahwinan seperti Zahirah MacWilson, Emma Maembong dan Ally Mukriz. Manakala pelakon terkenal Tasha Shilla selamat bertunang dengan pilihan hatinya.
Foto: @ZAHIRAHMACWILSON Instagram

But enough about the wedding, let’s talk about their dresses! Rata-rata peminat sangat terpukau dengan gaun pengantin yang digayakan oleh wanita-wanita jelita ini. In case kamu dalam perancangan dan berkahwin dan masih mencari gaun pengantin yang sesuai, kamu boleh jadikan ini sebagai panduan! Cosmo pasti kamu akan tampak seperti dewi di hari bahagiamu nanti.

Zahirah MacWilson

Gaun persandingan rekaan Rizman Ruzaini ini diinspirasikan daripada ballerina ballgown bersama detail silver chandelier dan net tulle full skirt. Gaun ini benar-benar compliment tubuh Zahirah dan membuatkannya tampak lebih tinggi daripada biasa! Sesuai untuk kamu yang mengimpikan perkahwinan bak puteri Disney.

Foto: @RIZMANRUZAINI Instagram
Foto: @RIZMANRUZAINI Instagram

Emma Maembong

Emma tampak sangat menawan dalam gaun daripada Ezuwan Ismail. Rekaan gaun ini tampak simple tetapi masih kelihatan moden dan fresh! Veil dengan detailing menyerlahkan lagi keseluruhan gaya. Sesuai untuk kamu yang mahukan gaun perkahwinan yang sopan tetapi masih bergaya.

Foto: @EZUWANISMIAL Instagram
Foto: @EZUWANISMIAL Instagram

Ally Marzuki

Back to traditional! Ally Mukhriz memlih untuk menggayakan songket rekaan Fiziwoo. Rekaan songket ini tampak sangat mewah dan anggun. Pilihan warna biru pastel juga membuatkannya kelihatan lebih unik dan one of a kind. Ally tampak seperti a true Malay princess! Sesuai untuk kamu yang suka dengan rekaan baju Melayu tradisional tetapi masih tampak moden. Give it a try, girls!

Foto: @ALLY.MUKHRIZ Instagram

Tasha Shilla

Tasha memilih rekaan daripada PU3 dan Khai BK pada hari pertunangannya. Gaun ini sangat sesuai untuk majlis pertunangan kerana ia tidak kelihatan sarat dan pilihan warna krim juga membangkitkan mood romantis kepada si pemakai. Love!

Foto: @TASHASHILLA Instagram

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker