Stand Together - Behind The Scenes
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Stand Together – Behind The Scenes

Sempena Hari Wanita Sedunia tahun ini, Blu Inc menghasilkan satu filem pendek berjudul Stand Together.
This image has an empty alt attribute; its file name is IMG_1607.jpg

Filem yang sarat dengan mesej hebat untuk wanita ini dibintangi tiga pelakon hebat negara: Jasmine Suraya Chin, Sharifah Sakinah dan Sangeeta Krishnasamy. Mesej utama filem ini adalah salah satu solidariti wanita. Blu Inc Media ingin menyeru semua wanita di luar sana untuk menyokong satu sama lain dan diri sendiri.

Tonton video penuh filem Stand Together di sini:

Projek istimewa ini juga telah ditaja oleh jenama-jenama hebat seperti Samsung Malaysia, Kose Malaysia dan Fossil Malaysia. Tajaan lokasi pula adalah daripada Jibby by The Park dan Common Ground.

Menariknya, penggambaran filem pendek ini dirakam menggunakan Samsung Galaxy S20 5G terbaru yang menampilkan ciri-ciri eksklusif seperti Super Steady Mode, resolusi 8k, motion picture dan banyak lagi. Kesemua ciri-ciri hebat yang dimiliki Samsung Galaxy S20 5G ini membolehkan kami menghasilkan filem pendek Stand Together yang tampak lebih hebat dan profesional!

Tonton video BTS di sini:

Selain daripada filem pendek ini, Blu Inc Media turut menyediakan lima dinding interaktif di Pavilion Kuala Lumpur. Setiap dinding mengandungi mesej yang memberikan inspirasi.

Kongsikan tentang diri kamu dan cari lebih lanjut mengenai diri kamu melalui petikan daripada wanita berpengaruh, kata-kata motivasi, serta tinjauan yang mendedahkan pandangan tentang minda dan gaya hidup semasa kamu. Dinding-dinding ini terletak di beberapa lokasi di sekitar Pavilion KL seperti di bawah:

  1. Pintu utama, Tingkat Tiga
  2. Connection, Tingkat Tiga (bersebelahan Quivo)
  3. Connection, Tingkat Tiga (berhadapan Illy Café)
  4. Pavilion Elite, Tingkat Empat
  5. Dining Loft, Tingkat Tujuh
This image has an empty alt attribute; its file name is IMG_1818.jpg

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker