Spa Rambut Di Kamar Mandi Sendiri - Page 4 of 6 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Spa Rambut Di Kamar Mandi Sendiri

Spa Rambut Di Kamar Mandi Sendiri

4 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. Selesai menyingkirkan segala yang tak diperlukan pada rambut dan kulit kepala barulah kamu mula bersyampu. Expectation kita agak tinggi untuk sebotol syampu, kan? Ia harus wangi, melembutkan rambut, menyegarkan serta meringankan kulit kepala, dan bagi yang bertudung, ia mampu menghalang daripada kegatalan dan memastikan rambut tak bau hapak. Oleh kerana nak pakai setiap hari, harga juga tidaklah seperti produk perawatan di atas. Tadaaaaaa! Clear Botanique adalah rangkaian penjagaan rambut (syampu dan perapi, RM22.90 setiap satu) dengan dua pilihan; Nourished and Healthy dan Balanced and Bouncy. Rangkaian produk syampu dan perapi anti-kelemumur CLEAR pertama yang mengandungi bahan semula jadi ini melindungi rambut dan kulit kepala dibantu oleh teknologi anti-kelemumur tiga kali ganda dan 100% ekstrak botani semula jadi. Formulasi baru ini menguatkan kulit kepala agar bebas kelemumur di samping mengekalkan rambut yang kelihatan kuat bersinar dan cantik bermaya. Dapatkah kamu bayangkan aroma syampu dan perapi yang ada lavender, tea tree, rosemary, minyak sitrus bergamot dan limau gedang? Cosmo pun rasa nak pergi beli sekarang. 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru