Soda Penaik Bukan Untuk Beauty Hacks Saja! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Soda Penaik Bukan Untuk Beauty Hacks Saja!

Mungkin ramai sudah tahu manfaat kecantikan yang boleh diperoleh daripada baking soda. Sebenarnya ia tidak terhad pada wajah, rambut dan gigi saja tapi juga bermanfaat kepada tubuh kamu. Ini antaranya…
Soda Penaik Bukan Untuk Beauty Hacks Saja!

1) Meredakan sakit sendi

Menurut kajian, soda penaik dipercayai mampu merawat gejala sakit sendi apabila lutut mula membengkak, kemerahan dan radang pada sendi. Ia bertindak sebagai bahan anti-radang bagi merangsang sel badan tidak begitu aktif. Ia amat berguna jika kamu mempunyai penyakit autoimmune seperti artritis rheumatoid.

2) Mengurangkan kembung perut

Mengambil jus lemon dengan campuran soda penaik bukan saja baik untuk sistem penghadaman tetapi mampu mengurangkan kembung perut. Ini kerana ia bertindak sebagai antacid yang menstabilkan gas dalam tubuh. Tetapi berhati-hati, jangan ambil terlalu banyak. Saranan: Hanya tambah setengah sudu teh soda penaik ke dalam air lemon kamu.

3) Meningkatkan kesihatan buah pinggang

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Hospital Diraja London, United Kingdom, kira-kira 134 pesakit buah pinggang kronik dengan tahap bikarbonat yang rendah dalam darah diberikan rawatan soda penaik dalam dos biasa dan sekumpulan lagi hanya bergantung pada rawatan biasa. Penyelidik mendapati pesakit yang mengambil minuman mengandungi soda penaik dilihat dapat menghentikan penurunan fungsi buah pinggang hingga dua pertiga.

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor