Soal Jawab Kecantikan (Bahagian 6) - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Soal Jawab Kecantikan (Bahagian 6)

Resah dihimpit pelbagai masalah kecantikan? Usah risau, Cosmo sedia membantu!

 

 

Soalan: Orang selalu kata pembayang mata boleh serlahkan lagi warna anak mata. Warna apa yang paling bagus untuk mata coklat?

Cosmo cadangkan warna-warna earthy untuk mata coklat seperti coklat, gangsa, emas untuk siang. Untuk lebih dramatik pada waktu malam, cuba rona hijau atau violet. Kontranya buat mata coklat menyerlah. Tip: rona cerah bantu highlight dan rona gelap buat mata nampak lebih dalam.

 

Soalan: Lepas dah beberapa jam pakai bedak asas, zon-T wajah jadi berminyak. Takkan asyik nak kena tambah bedak saja?

Masalahnya di sini mungkin bermula dengan bedak asas yang salah, yang akan menyebabkan kulit berkilat dan berminyak. Bila ditambah pula bedak atasnya ia berbelak dan merekah. Cuba bedak asas jenis padat atau tekstur gel ke bedak. Harap berkuranglah nak kena touch up wajah.

 

Soalan: Bila saya berpeluh saja, jerawat pun keluar. Bagaimana nak hentikannya?

Ada empat penyebab utama jerawat: Sebum atau minyak berlebihan, liang pori tersumbat, bakteria dan inflamasi. Dan biasalah kalau selepas berpeluh, jerawat pun muncul. Jadi apa yang perlu kamu lakukan ialah bersihkan kulit dengan betul supaya empat perkara tadi tak buat hal. Pembersih yang bagus akan membantu bersihkan sebum berlebihan, berikan eksfoliasi lembut yang mengelakkan liang pori tersumbat, serta tanggalkan segala kotoran yang ada pada kulit.

 

Soalan: Puas saya cuba ikalkan rambut guna pelurus tak dapat-dapat juga. Bagaimana nak buat sebenarnya?

Triknya adalah pada cara kamu pegang pelurus kamu itu. Kepitkan rambut pada pangkal dan twist separuh pergerakan tanganmu dan tarik sampai ke bawah, jangan lepaskan rambut dari pelurus. Lenggok pergelangan tanganmu itu yang penting dan tarik saja sampai hujung. Tak payah nak lilit rambut pada pelurus.

 

Soalan: Kulit saya jenis kombinasi, ada bahagian kering, dan ada bahagian berminyak, membuatkan tona kulit tampak tak sekata. Pelembap yang bagaimana harus saya guna untuk masalah ini?

Bagus kamu tahu pelembap itu penting untuk jenis kulitmu biarpun pada bahagian yang berminyak. Cari yang mampu seimbangkan lembapan dalam kulit dan juga yang mampu perbaiki tona kulit yang tak sekata.

 

Lebih banyak lagi soal jawab mengenai kecantikan di sini:

Soal Jawab Kecantikan (Bahagian 1)

Soal Jawab Kecantikan (Bahagian 2)

Soal Jawab Kecantikan (Bahagian 3)

Soal Jawab Kecantikan (Bahagian 4)

Soal Jawab Kecantikan (Bahagian 5)

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor