Sitkom Lagenda Friends Kembali ke Kaca TV Selepas 15 Tahun Berakhir
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Sitkom Lagenda Friends Kembali Ke Kaca TV Selepas 15 Tahun

Setelah lebih sedekad berakhir, Friends akan kembali menemui peminat! Projek ini bakal disiarkan di streaming service, HBO Max. Dan jangan bimbang okey, kesemua pelakon asal iaitu Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, David Schwimmer, Matt LeBlanc dan Matthew Perry akan kembali membintangi sitkom ini yang akan dijadualkan pada Mei 2020.
Foto: Refinery29

Sitkom ‘berhantu’ ini sememangnya salah satu siri paling popular di dunia. Peminat tidak pernah merasa jemu menontonnya berulang kali dan reunion special ini bagaikan satu hadiah terindah buat peminat.

Image result for friends

Guess you could call this the one where they all got back together — kami bersama semula dengan David, Jennifer, Courteney, Matt, Lisa dan Matthew untuk satu HBO Max special yang bakal diprogramkan bersama entire Friends library,” kata Kevin Reilly, cheif content officer untuk HBO Max.

Menariknya, episod istimewa ini akan difilemkan di lokasi asal penggambaran Friends, Pentas 24 Warner Bros., studio di Burbank, California.

Kesemua pelakon asal, Jennifer, Courteney, Matt, Lisa dan Matthew menunjukkan rasa kegembiraan mereka di Instagram dengan memuat naik foto berserta kapsyen “Its happening…”.

Episod istimewa ini akan diarahkan oleh Ben Winston, yang juga akan menjadi penerbit eksekutif bersama Jennifer, Courteney, Lisa, Matt dan Matthew.

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker