Sikap Degil Boleh Beri Manfaat! Ini Sebabnya... - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Sikap Degil Boleh Beri Manfaat! Ini Sebabnya…

Siapa kata sikap degil dan keras kepala itu sesuatu yang negatif? Sebenarnya sikap tersebut boleh menjadi sesuatu yang positif terutama jadi kamu punya matlamat dan keazaman yang tinggi!
Sikap Degil Boleh Beri Manfaat
Foto: 123rf.com

The word ‘stubborn’ has a bad reputation dan Cosmo faham alasan di sebaliknya. Walaupun ia satu sikap yang negatif, tapi ada masanya degil boleh berubah menjadi satu perkara yang baik dan berguna – malah beri inspirasi kepada orang lain. Jika orang-orang tua dulu sering kata, “Buat baik berpada-pada,” Cosmo pula kata, “Tak salah nak berdegil. Tapi berdegil juga berpada-pada.” Kami kongsi bagaimana sikap degil dan keras kepala kamu itu boleh membantu kamu serta a not-so-bad-attitude.

1) Kamu lebih tegas dan decisive.

Kebiasaannya, orang yang degil atau keras kepala ini merupakan seorang yang tegas dan more decisive berbanding yang lain kerana mereka tahu apa yang mereka mahukan serta arah yang mereka mahu tuju. Jika kamu seorang yang degil, kamu boleh rasa sedikit lega kerana ia bermaksud kamu memiliki excellent decision-making abilities dan lebih cepat untuk call the shots berbanding orang lain. Ia adalah karakter yang amat berguna terutama dalam fast-changing business world.

2) Kamu seorang yang tabah dan kental.

Kamu tidak kenal erti mengalah atau berhenti terutama jika mahu selesaikan sesuatu tugas atau masalah. Sikap inilah yang akan membantu kamu tangani rintangan dan menuju kejayaan. Sikap mereka yang degil dan keras kepala membentuk daya ketahanan yang diperlukan untuk berjaya.

3) Kamu berpegang teguh pada idea sendiri.

Apabila kamu benar-benar berpegang dan percaya pada idea kamu, tidak salah untuk jadi degil dan keras kepala serta pertahankannya habis-habisan. Lebih-lebih lagi jika idea kamu itu berguna dan patut didengari. Jika kamu kekalkan sikap ini, kamu boleh beri inspirasi kepada orang sekeliling bahawa tidak salah untuk berdegil dan perjuangkan perkara yang mereka teruja.

4) Kamu tidak bertolak-ansur dengan perkara yang mengkompromi etika kamu.

Harap-harap kamu tidak selalu berdepan dengan situasi seperti ini tapi mungkin ada masanya kamu diminta untuk lakukan sesuatu yang kamu tidak selesa atau menjejaskan etika dan prinsip kamu. Jika ia terjadi, by all means, be stubborn and stand your ground!

5) Kamu percaya tiada yang mustahil dan tidak takut dengannya.

Jika sesuatu perkara atau situasi kelihatan seperti mustahil untuk dilakukan, menjadi seorang yang berperwatakan degil dan keras kepala buatkan kamu tidak akan mengalah dan tidak akan berhenti sehingga kamu dapat jawapannya. So the impossible becomes achievable.

6) Kamu memberi inspirasi kepada orang lain.

Mungkin agak sukar untuk bayangkan bagaimana dengan bersikap degil boleh beri inspirasi kepada orang lain, tapi ia sebenarnya boleh! Melalui sikap ‘never say quit’ sehingga kamu temui penyelesaian kepada sesuatu masalah. Apabila mereka lihat keazaman dan dedikasi kamu serta hasil yang kamu peroleh daripadanya, ia akan mendorong mereka untuk lakukan perkara yang lebih baik.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert