Resipi Rambut Sihat? Semuanya Natural Untuk Mahkotamu!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Resipi Rambut Sihat? Semuanya Natural Untuk Mahkotamu!

Kami ada resipinya untuk rambut sihat dan menawan… Tak perlu masuk dapur pun, hanya dengan natural shampoo!

Sama seperti masakan, jika kamu ada bahan ramuan yang lengkap tetapi kaedah serta kepakaran kamu zero, bazir sajalah bahan yang kamu sediakan itu. HAIR RECIPE, jenama penjagaan rambut natural shampoo dan juga perapi terkini dengan kapakaran pakar rambut serta nutrisi dari Jepun telah memanfaatkan khasiat daripada superfoods serta aroma semula jadi dan juga Teknologi NutriBlend™ untuk menghasilkan resipi yang sempurna untuk rambut sihat yang cantik!

3 rangkaian asas untuk dipilih

Moisture Recipe Honey & Apricot

Moisture Recipe Honey & Apricot, natural shampoo
Honey & Apricot membekalkan lembapan yang penting untuk rambut kering.

Untuk kamu yang rambutnya kering atau normal, rasakan cetusan lembapan daripada rangkaian Honey & Apricot. Aprikot kaya dengan nutrisi Vitamin C dan E untuk membantu kulit kepala serta rambut kekal sihat, sementara minyaknya membuatkan rambut lembap dan berkilat. Madu pula diketahui dengan sifatnya sebagai humektan, bermakna ia menangkap lembapan agar rambut kekal terhidrat.

Volume Recipe Kiwi & Fiq

Volume Recipe Kiwi & Fiq, natural shampoo
Kiwi & Fig mengembalikan maya pada rambut yang nipis dan lemah.

Berikan maya kepada rambut yang lemah dan leper dengan resepi maya yang ringan ini. Aroma Kiwi & Fig cukup menyegarkan. Kiwi dianggap superfruit kerana ia kaya dengan vitamin dan mineral yang memelihara kesihatan kulit kepala dan menggalakkan pertumbuhan rambut. Fig pula menguatkan dan melembapkan rambut.

Damage Repair Recipe Apple & Ginger

Damage Repair Recipe Apple & Ginger, natural shampoo
Apple & Ginger menguatkan rambut yang mudah putus dengan nutrien secukupnya.

Rambut mudah putus dan kelihatan tidak sihat? Paling sesuai untuk kamu adalah rangkaian Apple & Ginger ini. Biotin, sejenis nutrien di dalam buah epal membekalkan khasiat ke dalam serat rambut untuk menguatkannya. Sementara itu halia yang juga kaya nutrien menyihatkan dan menguatkan folikel rambut. Tiada lagi putus-putus, rambut sihat dan lebat menawan.

Jika kamu sayang rambut dan mahukan rambut sihat dan sentiasa di dalam keadaan optimum, hentikan penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan yang tidak bagus seperti gluten, silikon, paraben serta minyak mineral agar rambut kelihatan dan juga rasa sentiasa dalam keadaan terbaik. Pilih yang semula jadi serta selamat dan pastikan ia mendapat ‘resipi’ yang diperlukan.

Untuk maklumat lanjut tentang produk Hair Recipe, sila layari https://hairrecipe.my atau https://hairrecipe.my/#faq

Produk Hair Recipe boleh didapatkan di semua Watsons seluruh negara dan juga secara atas talian di https://www.watsons.com.my/search?text=hair+recipe

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru