Shakira Dan J.Lo Buktikan Kehebatan Di Konsert Superbowl
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Shakira Dan J.Lo Buktikan Kehebatan Di Konsert Superbowl

Shakira & J.Lo Buktikan Kehebatan Di Konsert Super Bowl

Keputusan NFL memilih Jennifer Lopez dan Shakira untuk membuat Halftime show tahun ini ternyata satu pilihan yang tepat kerana persembahan mereka sangat menakjubkan! Bayangkan, J.Lo sudah berumur 50 manakala Shakira berumur 46 tetapi mereka masih mampu memberikan persembahan hebat dan bertenaga seperti ini.
Shakira Dan J.Lo Buktikan Kehebatan Di Konsert Superbowl
Foto: Kevin Winter / Getty images

Fun fact, J.Lo dan Shakira tidak mendapat sebarang bayaran pun untuk persembahan ini kerana NFL tidak pernah membayar artis yang bersetuju untuk membuat Halftime show. NFL hanya menanggung kos produksi sahaja.

Image result for shakira super bowl"
Foto: newsweek.com

“Kami tidak memberi bayaran kepada artis yang hadir. Kami hanya membayar perbelanjaan dan kos produksi,” jurucakap NFL berkata kepada Forbes. Setiap artis yang bersetuju membuat halftime show melihat ini sebagai satu peluang untuk mempromosikan muzik dan kerjaya seni mereka. Jadi tak ada isu besar di sini.

Image result for jlo super bowl"
Foto: insider.com

J.Lo sangat gembira kerana akhirnya impian untuk beraksi di pentas Super Bowl tercapai, “Sejak melihat Diana Ross beraksi di Halftime Show, saya ingin menjadi seperti itu. Dan kini ia lebih istimewa bukan saja kerana ia ulang tahun ke-100 NFL, tapi juga kerana dapat berkongsi pentas dengan Shakira.”

Tonton persembahan penuh mereka di sini:

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker