Sephora Flagship Store Terbesar Kini di Malaysia - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Sephora Flagship Store Terbesar Kini di Malaysia

Kamu rasa yang dulu besar? Yang ini laaagi besar dan kini boleh kamu kunjungi di Fahrenheit88 Kuala Lumpur.

Agak-agak berapa lama kamu akan habiskan masa (belum cerita labur wang lagi) di dalam the Largest Beauty Playground yang mempunyai lebih daripada 100 jenama kencatikan di dalam ruang seluas 17,000 kaki/persegi? — paling banyak di Malaysia setakat ini. Dan sempena meraikan pembukaan megastore kecantikan ini, Sephora turut memperkenalkan lapan jenama baru secara rasmi iaitu Drunk Elephant, Tatcha, Bobbi Brown, La Mer, SK-II, Sulwhasoo, Aerin, dan Maison Margiela.

Di tingkat 1 pula Sephora menampilkan Beauty Loft — bahagian khas untuk Gold Members yang lengkap dengan pelbagai servis kecantikan seperti personal shopper – kamu lepak saja di situ dan tunggu produk sampai kepada kamu sambil menikmati urutan tangan percuma. Terdapat juga ruangan rundingan kulit dan rawatan Perk oleh Hydrafacial untuk wajah dan bibir. Di bahagian atas ini juga kamu boleh mendapatkan engraving service serta balut hadiah secara percuma.

Pada hari pembukaannya 17 Januari lalu, seramai lebih 500 pelanggan serta tetamu jemputan hadir untuk memeriahkan majlis sambil berhibur dengan persembahan menarik sebelum pembukaan rasmi oleh Alia Gogi, Pengarah Urusan Sephora Southeast Asia, Valerie Foong, Pengurus Besar Sephora Malaysia, Sarah Boyd, Naib Presiden Sephora Markets Southeast Asia, Datuk Joyce Yap, Retail Chief Executive Officer Pavilion KL, serta Lovell Ho, Pengarah Kanan Pavilion Group of Shopping Malls.

Dari kiri : Lovell Ho, Datuk Joyce Yap, Valerie Foong, Alia Gogi, Sarah Boyd

Cosmo pun secara rasminya sudah membeli-belah di Sephora terbaru dan terbesar ini. Kamu bila lagi?

Foto: CommasPR

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru