Sephora Beauty Pass Sale Is On! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Sephora Beauty Pass Sale Is On!

Kamu emas, hitam atau putih? Cosmo maksudkan keahlian Sephora kerana bermula 5 hingga 7 Mei, ahli yang mempunyai kad Sephora Gold, Black serta White akan menikmati diskaun pembelian yang tidak patut dilepaskan di sephora.my dan Sephora App.  

Sementara menunggu 5 Mei tu sempatlah kamu ‘ushar-ushar’ apa yang menarik untuk dibeli, malah kamu boleh add to cart apa yang kamu suka dan pertimbangkan semula atau membeli pada hari jualan bermula. Ahli kad Gold diberi keutamaan untuk menikmati jualan tertutup ini bermula 4 Mei pada jam 11PM dengan diskaun 20%, sementara ahli kad Black boleh mula menikmati diskaun 20% juga bermula 6 Mei. Ahli kad White pula akan menikmati diskaun 15% daripada 6 hingga 7 Mei.

Mungkin kamu akan rasa macam nak beli semua atau terlalu rambang mata sampai tak tahu nak beli apa. Ketika MCO dan bulan Ramdhan ini, apa kata kita jaga kulit. Cosmo ada beberapa cadangan di sini…

Biossance Rose Vegan Lip Balm 

Bila berpuasa kulit mudah kekeringan tambah-tambah lagi bibir. Balm 100% bebas jeli petroleum ini membantu bibir kekal lembap dan mungil. Mengandungi asid hialuronik, seramida, squalane serta rose absolute untuk mengunci lembapan sambila memberi kilauan lembut pada bibir. Ia juga ada Wakame Algae untuk mengembalikan bentuk bibir yang plump dalam masa 14 hari. Sempat untuk raya!

Sand & Sky Australian Emu Apple Super Bounce Mask, RM270

Australian emu apple adalah sejenis superfruit yang kandungan antikoksidannya adalah tiga kali lebih tinggi daripada blueberries. Pupur ini bukan sahaja menghidratkan tetapi turut membuatkan kulit kembali bercahaya hanya dalam beberapa minit. Gabungan emu apple dan glow berries juga melancarkan kembali penghasilan asid hialuronik dalam kulitdan melindungi daripada pencemaran harian. Sapu tebal pada wajah dan biarkan 10 minit sebelum bersihkan dengan air suam. Ia datang dengan berus pupur percuma!

Huda Beauty Wishful Yo Glow Enzyme Scrub, RM170

Kalau kamu kenal Huda Kattan, kamu tahu dia memang sukakan buah nanas. Kerana itulah terhasilnya skrub wajah dengan ekstrak buah ini. Ekstrak nanas membantu exfoliate kulit dengan lembut dan mengurangkan bintik gelap serta menenangkan kulit. Ada juga ekstrak papaya untuk melicinkan dan buat kulit berseri. Guna sekali atau dua kali seminggu pada wajah dan leher (kering) dan urut secara memusar sambil menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati. Sedap pula nampak nanas tu puasa-puasa ni!

Skin Inc Serum Glow Filter, RM235

Serum ini adalah perawatan kulit dan juga makeup dalam satu. Sebab apa? Sebab ia seperti filler in real life! Sebotol serum membolehkan kamu untuk menyediakan kulit seperti primer, memberi kesan fokus lembut, buat kulit glow, kulit kelihatan dewy… Seperti filter kegemaranmu! Mengandungi ekstrak hibiscus, niacinamide dan hyaluronic acid di dalam Teknologi Pengkapsulan Proprietari, tekstur gel segar ini memberi keserian pada kulit dengan mengikut ton kulitmu tanpa pigmen menggunakan Light Reflective Technology. Menarik, kan?

Saturday Skin Pore Clarifying Toner

Siapalah yang tak geram dengan masalah liang pori yang jelas kelihatan? Jika kamu ada masalah ini pastikan kamu add to cart toner dengan 10% asid glikolik dan Pore Control Complex (gabungan witch hazel, tea tree oil dan red clover) untuk mengatasinya tanpa mengeringkan kulit. Ia selamat digunakan jika kulitmu sensitif. Mula dengan penggunaan dalam dua hingga tiga kali seminggu dan tambah bila kulitmu sudah serasi. Mana liang pori? Ada, cuma tak nampak saja.

Ini cadangan kami sahaja. Kamu sendiri tahu ada ribuan pilihan di Sephora tambah lagi dengan koleksi terbaru Summer 2020. Jangan terlepas Beauty Pass Sale ini! Kamu perlu stock-up keperluan kecantikanmu.

5-7 May | Gold Members
20% Off
6-7 May | Black Members
20% Off

6-7 May | White Members
15% Off


A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor