SENTUH, Aplikasi Digital Yang Menenangkan Minda Dan Tubuh Kamu
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

SENTUH, Aplikasi Digital Yang Menenangkan Minda Dan Tubuh Kamu

Sebut pasal bebanan kerja dan stress, pasti kamu terfikir tentang spa urutan badan. Rasanya hanya urutan yang bagus di tubuh mampu melepaskan segala lelah dan kepenatan.

Lambakan spa di seluruh Malaysia tidak menjanjikan kepuasan kerana tentu sekali kamu mencari yang terbaik. Apatah lagi dengan kekangan masa dan lokasi yang jauh, ataupun mungkin kesukaran untuk mencari parkir membuatkan kamu melupakan terus niat untuk memanjakan diri di spa.

SENTUH antara aplikasi digital spa pertama di Malaysia. Menerusi SENTUH, kamu boleh menempah pakej urutan pilihan di hujung jari. Yang menariknya, kamu tidak perlu meredah kesesakan lalu lintas ataupun mencari parkir! Urutan dan spa boleh dilakukan di rumah kamu ataupun mana-mana lokasi pilihan kerana therapist SENTUH akan datang membawa segala kelengkapan spa.

SENTUH setakat ini beroperasi di sekitar Lembah Klang dan mempunyai perancangan meluaskan perkhidmatan di seluruh Malaysia atas sambutan yang hangat. Bukan sahaja tampil dengan rawatan spa yang pelbagai, malah harga rawatan bermula serendah RM80 termasuk kos pengangkutan.

Dalam pada itu, SENTUH juga membuka peluang pekerjaan kepada therapist dengan memberikan latihan profesional. Objektifnya adalah untuk membantu memberikan pendapatan sampingan untuk golongan B40 khususnya di samping membina karier baru sebagai terapis terlatih.

Info lanjut layari www.sentuh.my
Instagram: sentuh.my

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness