Senarai Selebriti Popular Yang Menderita Lyme Disease
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Senarai Selebriti Popular Yang Menderita Lyme Disease

Lyme Disease adalah antara penyakit misteri yang berjangkit daripada sengatan serangga bernama deer ticks. Justin Bieber baru-baru ini mendedahkan yang dia menderita penyakit ini yang mengganggu kehidupannya.

Serangga yang dikenali sebagai Deer Ticks yang menyebarkan virus Lyme selepas mengigit mangsanya. Foto: depositphotos.com

Simptom penyakit Lyme dikatakan sangat banyak menyebabkan pesakit merasakan mereka menghidap pelbagai penyakit kronik. Antara simptomnya ialah migrain berpanjangan, kesan lebam dan ruam, sesak nafas, keletihan melampau, serangan panik, jantung berdegup laju dan banyak lagi.

Malah paling teruk apabila pesakit tidak mampu untuk bergerak dan ia menggangu emosi dan mental. Pakar Lyme Disease juga mengakui ia antara penyakit misteri dalam sejarah perubatan. Namun ia bukanlah penyakit yang boleh membawa maut tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih.

Cosmo senaraikan selebriti Hollywood yang pernah menghidap penyakit Lyme dan bagaimana mereka berjaya melawannya.

6 of 6Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

BELLA HADID
Sama seperti ibunya, Bella juga dijangkiti Lyme sekitar tahun 2015. “It was a dark time… I was exhausted all the time. It affected my memory so I suddenly wouldn’t remember how to drive to Santa Monica from Malibu where I lived. I couldn’t ride horses. I was just too sick. And I had to sell my horse because I couldn’t take care of it.”

View this post on Instagram

i love you guys 🌩💛

A post shared by Bella 🦋 (@bellahadid) on

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness